Jawatan Kosong Pembantu Perikanan G19

Jawatan Kosong Pembantu Perikanan G19 | Adakah anda mahu berkhidmat di sektor awam? Peluang permohonan jawatan terbuka kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Perikanan Malaysia bagi kekosongan jawatan dan pengisian jawatan kosong Pembantu Perikanan Gred G19 Tahun 2020.

Jawatan Kosong Pembantu Perikanan G19

Untuk makluman anda, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam proses untuk pengiklanan kekosongan jawatan di laman web rasmi SPA8i.

Jawatan Kosong Pembantu Perikanan G19

Seperti yang diiklankan di portal SPA8i, berikut adalah maklumat kekosongan jawatan untuk dibuka kepada calon seluruh Malaysia.

  • Jawatan: Pembantu Perikanan Gred G19
  • Jab/Kementerian: Jabatan Perikanan Malaysia
  • Kekosongan: 31
  • Simpanan: 60
  • Tarikh Tutup Permohonan: 19 Januari 2020 jam 11:59 malam

Dibawah ini adalah paparan iklan jawatan pihak SPA.

Jawatan Kosong Pembantu Perikanan G19

Cara Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Perikanan G19

Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Pembantu Perikanan G19 secara online di portal SPA8i.

Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja, di laman sesawang SPA.

Boleh rujuk panduan ini jika anda pertama kali mendaftar di portal SPA8i.

Maklumat Gaji Pembantu Perikanan G19

Bagi anda yang berminat menjawat jawatan Pembantu Perikanan G19, berikut adalah maklumat gaji sekiranya anda berjaya dalam temuduga Pembantu Perikanan nanti.

  • Gaji minimum RM 1,357.00
  • Gaji Maksimum RM 4,008.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 100.00

Syarat Lantikan Pembantu Perikanan G19

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00); atau
  4. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00); atau
  5. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40); atau
  6. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,469.80).
  7. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Baca Juga  Jawatan Kosong Pegawai Arkib S41

Deskripsi Tugas Pembantu Perikanan G19

Mentadbir aktiviti ternak air dan perancangan, pelaksanaan dan pengawasan serta khidmat nasihat hal benih ikan dan penyakit ikan.

Dipanggil Menduduki Peperiksaan Online Pembantu Perikanan G19 pada 16 Julai 2020 Ini?

[ Baca ] – Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Perikanan G19

Semoga permohonan anda untuk Jawatan Kosong Pembantu Perikanan G19 berjaya dan dipanggil peperiksaan online samada Peperiksaan Online PSEE atau Ujian Psikometrik nanti.

One thought on “Jawatan Kosong Pembantu Perikanan G19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?