Jawatan Kosong Pembantu Pertahanan Awam KP19

Jawatan Kosong Pembantu Pertahanan Awam KP19. Adakah anda mahu berkhidmat di sektor awam? Peluang permohonan jawatan terbuka kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Sukarelawan Malaysia bagi kekosongan jawatan dan pengisian jawatan kosong Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19.

Jawatan Kosong Pembantu Pertahanaan Awam KP19

Untuk makluman anda, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam proses untuk pengiklanan kekosongan jawatan di laman web rasmi SPA8i.

Jawatan Kosong Pembantu Pertahanaan Awam KP19

Seperti yang diiklankan di portal SPA8i, berikut adalah maklumat kekosongan jawatan untuk dibuka kepada calon seluruh Malaysia.

  • Jawatan: Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19
  • Jab/Kementerian: Jabatan Sukarelawan Malaysia
  • Kekosongan: 15
  • Simpanan: 15
  • Tarikh Tutup Permohonan: 15 Julai 2020 jam 11:59 malam

Dibawah ini adalah paparan iklan jawatan pihak SPA.

Jawatan Kosong Pembantu Pertahanan Awam KP19 berjaya dan dipanggil peperiksaan online samada Peperiksaan Online PSEE atau Ujian Psikometrik nanti.

Cara Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Pertahanan Awam KP19

Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Pembantu Pertahanan Awam KP19 online di portal SPA8i.

SPA8i Login – http://www.spa.gov.my/web/guest/pautan-borang-spa8i

Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja, di laman sesawang SPA.

Permohonan jawatan ini adalah sepanjang tahun. Walaubagaimanapun, untuk membolehkan anda ditapis pihak SPA untuk panggilan peperiksaan online, anda perlu mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Tempoh sah permohonan adalah 1 tahun sahaja.

Maklumat Gaji Pembantu Pertahanan Awam KP19

Bagi anda yang berminat menjawat jawatan Pembantu Pertahanan Awam KP19, berikut adalah maklumat gaji sekiranya anda berjaya dalam temuduga Pembantu Pertahanan Awam KP19 nanti.

  • Gaji minimum RM 1,360.00
  • Gaji Maksimum RM 4,052.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 100.00

Syarat Lantikan Pembantu Pertahanan Awam KP19

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
  4. bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
  5. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
  6. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).
Baca Juga  Jawatan Kosong Penolong Pustakawan Gred S29

dan

mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

  1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  2. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
  5. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
  8. Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(c)(i), 1(c)(iii) atau 1(c)(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas Pembantu Pertahanaan Awam KP19

Bertanggungjawab mengetuai Pejabat Pertahanan Awam Daerah yang bertanggungjawab ke atas tugas-tugas pentadbiran / kewangan, pengurusan pasukan dan operasi bencana di daerah berkenaan.

Penjadualan Peperiksaan PSEE Pembantu Pertahanan Awam KP19

Adakah anda calon peperiksaan online Pembantu Pertahanan Awam KP19 pada 10 November 2020 nanti?

  • Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 (Semenanjung/Sabah/Sarawak)
  • Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 10 November 2020
  • Masa Peperiksaan : 10:00 pagi – 11:00 pagi

[ Baca ] – Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pertahanan Awam KP19

Semoga permohonan anda untuk Jawatan Kosong Pembantu Pertahanan Awam KP19 berjaya dan dipanggil peperiksaan online samada Peperiksaan Online PSEE atau Ujian Psikometrik nanti.

Semoga berjaya!

Baca Juga  Jawatan Kosong Pegawai Undang-Undang L41

One thought on “Jawatan Kosong Pembantu Pertahanan Awam KP19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?