Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan KP11

Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan KP11. Adakah anda mahu berkhidmat di sektor awam? Peluang permohonan jawatan terbuka kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Malaysia(CGSO) bagi kekosongan jawatan dan pengisian Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan KP11.

Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan KP11

Untuk makluman anda, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam proses untuk pengiklanan kekosongan jawatan di laman web rasmi SPA8i.

Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan KP11

Seperti yang diiklankan di portal SPA8i, berikut adalah maklumat kekosongan jawatan untuk dibuka kepada calon seluruh Malaysia.

  • Jawatan: Pengawal Keselamatan Gred KP11
  • Jab/Kementerian: Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Malaysia(CGSO)
  • Kekosongan: 65
  • Simpanan: 350
  • Tarikh Tutup Permohonan: 26 Julai 2020 jam 11:59 malam

Dibawah ini adalah paparan iklan jawatan pihak SPA.

Cara Permohonan Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan KP11

Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Pengawal Keselamatan KP11 online di portal SPA8i.

SPA8i Login –  https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/pendaftaran-pekerjaan-dalam-perkhidmatan-awam-spa8i

Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja, di laman sesawang SPA.

Permohonan jawatan ini adalah sepanjang tahun. Walaubagaimanapun, untuk membolehkan anda ditapis pihak SPA untuk panggilan peperiksaan online, anda perlu mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Tempoh sah permohonan adalah 1 tahun sahaja.

Maklumat Gaji Pengawal Keselamatan KP11

Bagi anda yang berminat menjawat jawatan Pengawal Keselamatan KP11, berikut adalah maklumat gaji sekiranya anda berjaya dalam temuduga Pengawal Keselamatan KP11 nanti.

  • Gaji minimum RM 1,205.00
  • Gaji Maksimum RM 2,939.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 80.00

Syarat Lantikan Pengawal Keselamatan KP11

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau
  4. bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00).
  5. Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan a) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  6. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
  7. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  8. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  9. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  10. mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
  11. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  12. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  13. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
Baca Juga  Jawatan Kosong Pegawai Bomba Gred KB41

Tip Peperiksaan Online Pengawal Keselamatan KP11

Sukacita dimaklumkan, tarikh peperiksaan online PSEE telah diumukan pihak SPA dan akan berlangsung pada ketetapan berikut:

  • Pengawal Keselamatan Gred KP11 (Semenanjung/Sabah/Sarawak)
  • Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO)
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 28 Oktober 2020
  • Masa Peperiksaan : 2:30 petang – 3:00 petang

Untuk dapatkan eBook Rujukan Exam Pegawal Keselamatan KP11, terus join telegram dibawah.

Join Telegram >>> https://t.me/joinchat/AAAAAEubqEPnXWGqr2M1ZA

Semoga permohonan anda untuk Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan KP11 berjaya dan dipanggil peperiksaan online samada Peperiksaan Online PSEE atau Ujian Psikometrik nanti.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?