Jawatan Kosong Penguasa Imigresen Gred KP41

Jawatan Kosong Penguasa Imigresen Gred KP41. Adakah anda mahu berkhidmat di sektor awam? Peluang permohonan jawatan terbuka kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Penguasa Imigresen Gred KP41 di Jabatan Imigresen Malaysia bagi kekosongan jawatan dan pengisian Tahun 2020.

Jawatan Kosong Penguasa Imigresen Gred KP41

Untuk makluman anda, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam proses untuk pengiklanan kekosongan jawatan di laman web rasmi SPA9.

Jawatan Kosong Penguasa Imigresen Gred KP41

Seperti yang diiklankan di portal SPA8i, berikut adalah maklumat kekosongan jawatan untuk dibuka kepada calon seluruh Malaysia.

  • Jawatan: Penguasa Imigresen Gred KP41
  • Kementerian/Jabatan: Jabatan Imigresen Malaysia
  • Kekosongan: 27
  • Simpanan: 20
  • Tarikh Tutup Permohonan: 08 Disember 2020 (Selasa) jam 11:59 malam

Dibawah ini adalah paparan iklan jawatan pihak SPA.

Jawatan Kosong Penguasa Imigresen Gred KP41

Cara Permohonan Jawatan Kosong Penguasa Imigresen Gred KP41

Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Penguasa Imigresen Gred KP41 secara online di portal SPA9 (dulu dikenali sebagai SPA8i).

Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja, di laman sesawang SPA – http://www.spa.gov.my/

Maklumat Gaji Penguasa Imigresen Gred KP41

Bagi anda yang berminat menjawat jawatan Penguasa Imigresen Gred KP41, berikut adalah maklumat gaji sekiranya anda berjaya dalam temuduga Penguasa Imigresen Gred KP41 nanti.

  • Gaji minimum RM2,081.00
  • Gaji Maksimum RM9,547.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 225.00

Syarat Lantikan Penguasa Imigresen Gred KP41

Syarat Lantikan :              

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00);atau        
  4. Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,285.00);atau       
  5. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,387.21)  
Baca Juga  Jawatan Kosong Penolong Pegawai Pertanian G29

mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

  1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  2. berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  5. lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar. dan            
  8. lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan semasa ke semasa.              

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.                 

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Imigresen adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: 

  • mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau 
  • lulus Peperiksaan Khas; dan       

umur pelantikan:

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas                 

Bertanggungjawab dalam aspek operasi, penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan negara, latihan, penyelidikan, perancangan dan pembangunan.

Baca Juga  Jawatan Kosong Pegawai Imigresen KP19

Tip Peperiksaan PSEE Online Penguasa Imigresen Gred KP41

Sekiranya anda dipanggil menduduki peperiksaan online Penguasa Imigresen Gred KP41 dalam masa terdekat ini, pastikan anda tahu format peperiksaan yang anda akan duduki nanti.

Mengikut sejarah peperiksaan PSEE yang dijalankan pihak SPA, ada kemungkinan peperiksaan kali ini adalah Seksyen Pengetahuan Am, Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris.

Walaubagaimanapun, kami akan update contoh-contoh soalan peperiksaan berkaitan untuk membantu anda dalam peperiksaan nanti. Terus hubungi kami untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang Rujukan Khas Exam atau Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan.

Whatsapp sini >>> https://bit.ly/RujukanExamPenguasaImigresenKP41.

Semoga permohonan anda untuk Jawatan Kosong Penguasa Imigresen Gred KP41 berjaya dan dipanggil peperiksaan online samada Peperiksaan Online PSEE atau Ujian Psikometrik nanti.

Semoga berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?