Jawatan Kosong Penolong Juruukur Bahan JA29

Jawatan Kosong Penolong Juruukur Bahan JA29 | Adakah anda mahu berkhidmat di sektor awam? Peluang permohonan jawatan terbuka kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Penolong Juruukur Bahan JA29 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi kekosongan jawatan dan pengisian Tahun 2020.

Jawatan Kosong Penolong Juruukur Bahan JA29

Untuk makluman anda, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam proses untuk pengiklanan kekosongan jawatan di laman web rasmi SPA8i.

Jawatan Kosong Penolong Juruukur Bahan JA29

Seperti yang diiklankan di portal SPA8i, berikut adalah maklumat kekosongan jawatan untuk dibuka kepada calon seluruh Malaysia.

  • Jawatan: Penolong Juruukur Bahan Gred JA29
  • Jab/Kementerian: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
  • Kekosongan: 1
  • Simpanan: 5
  • Tarikh Tutup Permohonan: 09 Januari 2020 jam 11:59 malam

Dibawah ini adalah paparan iklan jawatan pihak SPA.

Jawatan Kosong Penolong Juruukur Bahan JA29

Cara Permohonan Jawatan Kosong Penolong Juruukur Bahan JA29

Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Penolong Juruukur Bahan JA29 secara online di portal SPA8i.

Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja, di laman sesawang SPA – http://www.spa.gov.my/

Maklumat Gaji Penolong Juruukur Bahan JA29

Bagi anda yang berminat menjawat jawatan Penolong Juruukur Bahan JA29, berikut adalah maklumat gaji sekiranya anda berjaya dalam temuduga Penolong Juruukur Bahan JA29 nanti.

  • Gaji minimum RM 1,549.00
  • Gaji Maksimum RM 5,701.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 145.00

Syarat Lantikan Penolong Juruukur Bahan JA29

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. sijil dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau
  4. diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)
Baca Juga  Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Kewangan) W19

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keperluan Bidang

  • Ukur Bahan
  • Ukur Bahan (Quatity Surveying)

Keutamaan

  • Calon atau Ibu/Bapa lahir di Negeri Pulau Pinang

Tambahan

  • Hanya calon yang kelayakannya telah mendapat kelulusan senat/jawatankuasa berkaitan sebelum atau pada tarikh tutup iklan jawatan ini layak memohon.

Deskripsi Tugas Penolong Juruukur Bahan JA29

Bertanggungjawab mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan berhubung pentadbiran kontrak termasuk menyediakan anggaran kos awal, membuat pengukuran kuantiti (taking off), menyediakan dokumen tender dan kontrak, menyedia perakuan bayaran interim, menyedia arahan perubahan kerja, perakuan akaun dan bayaran muktamad, mengemas kini sijil-sijil dan perakuan yang berkaitan dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Semoga permohonan anda untuk Jawatan Kosong Penolong Juruukur Bahan JA29 berjaya dan dipanggil peperiksaan online samada Peperiksaan Online PSEE atau Ujian Psikometrik nanti.

MAKLUMAN TERKINI!!

Pihak SPA telah mengumumkan peperiksaan terkini untuk Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 dan Penolong Pegawai Tanah Gred NT29. Peperiksaan kali ini merupakan Ujian Psikometrik yang akan diadakan pada 25 Febuari 2020.

[ BACA SINI ] – Contoh Soalan Psikometrik Penolong Juruukur Bahan JA29

[ BACA SINI ] – Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Tanah NT29

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?