Jawatan Kosong Penolong Kurator Gred S29
Jawatan Kosong Penolong Kurator Gred S29. Adakah anda mahu berkhidmat di sektor awam? Peluang permohonan jawatan terbuka kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Penolong Kurator Gred S29 di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bagi kekosongan jawatan dan pengisian Tahun 2020.

Untuk makluman anda, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam proses untuk pengiklanan kekosongan jawatan di laman web rasmi SPA9.
Jawatan Kosong Penolong Kurator Gred S29
Seperti yang diiklankan di portal SPA8i, berikut adalah maklumat kekosongan jawatan untuk dibuka kepada calon seluruh Malaysia.
- Jawatan: Penolong Kurator Gred S29
- Kementerian/Jabatan: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
- Kekosongan: 1
- Simpanan: 2
- Tarikh Tutup Permohonan: 07 Disember 2020 (Isnin) jam 11:59 malam
Dibawah ini adalah paparan iklan jawatan pihak SPA.

Cara Permohonan Jawatan Kosong Penolong Kurator Gred S29
Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Penolong Kurator Gred S29 secara online di portal SPA9 (dulu dikenali sebagai SPA8i).
Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja, di laman sesawang SPA – http://www.spa.gov.my/
Maklumat Gaji Penolong Kurator Gred S29
Bagi anda yang berminat menjawat jawatan Penolong Kurator Gred S29, berikut adalah maklumat gaji sekiranya anda berjaya dalam temuduga Penolong Kurator Gred S29 nanti.
- Gaji minimum RM1,362.00
- Gaji Maksimum RM5,092.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 145.00
Syarat Lantikan Penolong Kurator Gred S29
Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
- Diploma dalam bidang seni lukis, seni reka, seni halus, seni bina, sains, permuziuman, teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95); atau
Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Muzium adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Kurator Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab menguruskan keselamatan dan repositori artifak, kerja-kerja pembangunan, program kaji selidik sejarah, kebudayaan serta flora dan fauna, pameran dan diorama serta tugas-tugas lain yang berkaitan dengan aktiviti permuziuman.
Skop Fungsi dan Bidang Tugas
- Sijil Menguruskan penyediaan pameran tetap/sementara/khas/bergerak.
- Membuat kerja-kerja pengumpulan dan penyelidikan flora dan fauna negara.
- Menguruskan hal-hal berkaitan dengan projek pembangunan Jabatan Muzium Malaysia.
- Menjalankan kerja-kerja pengurusan pentadbiran, personel, dan kewangan Jabatan Muzium Malaysia.
- Menjalankan kerja-kerja penyelidikan arkeologi di lapangan.
- Menjalankan kerja-kerja konservasi artifak makmal.
- Menjalankan kerja-kerja penyelidikan sejarah dan kebudayaan negara.
- Melaksanakan aktiviti promosi dan pemasaran muzium kepada orang awam melalui media massa sama ada media elektronik mahupun media cetak.
- Menjalankan program ‘outreach’ dan ‘inreach’ secara bersepadu di peringkat jabatan, daerah dan negeri.
Tip Peperiksaan PSEE Online Penolong Kurator Gred S29
Sekiranya anda dipanggil menduduki peperiksaan online Penolong Kurator Gred S29 dalam masa terdekat ini, pastikan anda tahu format peperiksaan yang anda akan duduki nanti.
Mengikut sejarah peperiksaan PSEE yang dijalankan pihak SPA, ada kemungkinan peperiksaan kali ini adalah Ujian Psikometrik.
Walaubagaimanapun, kami akan update contoh-contoh soalan peperiksaan berkaitan untuk membantu anda dalam peperiksaan nanti. Terus hubungi kami untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang Rujukan Khas Exam atau Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan.
Whatsapp sini >>> https://bit.ly/RujukanKhasPenolongKuratorS29
Semoga permohonan anda untuk Jawatan Kosong Penolong Kurator Gred S29 berjaya dan dipanggil peperiksaan online samada Peperiksaan Online PSEE atau Ujian Psikometrik nanti.
Semoga berjaya.
- Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Hal Ehwal Islam S19
- Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Latihan Vokasional DV41
- 200 Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Terkini 2021
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Akauntan WA41
- Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Jurutera(Mekanikal) JA29