Jawatan Kosong Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S29

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S29 | Adakah anda mahu berkhidmat di sektor awam? Peluang permohonan jawatan terbuka kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Belia dan Sukan bagi kekosongan jawatan dan pengisian jawatan kosong Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Gred S29 Tahun 2020.

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S29

Untuk makluman anda, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam proses untuk pengiklanan kekosongan jawatan di laman web rasmi SPA8i.

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S29

Seperti yang diiklankan di portal SPA8i, berikut adalah maklumat kekosongan jawatan untuk dibuka kepada calon seluruh Malaysia.

  • Jawatan: Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Gred S29
  • Jab/Kementerian: Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
  • Kekosongan: 17
  • Simpanan: 17
  • Tarikh Tutup Permohonan: 06 Julai 2020 (Isnin) jam 11:59 malam

Dibawah ini adalah paparan iklan jawatan pihak SPA.

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S29

Cara Permohonan Jawatan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S29

Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Pegawai Sains C41 secara online di portal SPA8i.

SPA8i Login – http://www.spa.gov.my/

Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja, di laman sesawang SPA.

Boleh rujuk panduan ini jika anda pertama kali mendaftar di portal SPA8i.

Maklumat Gaji Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S29

Bagi anda yang berminat menjawat jawatan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S29, berikut adalah maklumat gaji sekiranya anda berjaya dalam temuduga Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S29 nanti.

  • Gaji minimum RM1,362.00
  • Gaji Maksimum RM5,092.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 145.00

Syarat Lantikan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S29

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
  4. Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
  5. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95)
Baca Juga  Jawatan Kosong Jurugeospatial J41

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Belia dan Sukan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan

had umur pelantikan:

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S29

Bertanggungjawab menguruskan dan melaksanakan program/projek belia dan sukan termasuk kerja-kerja menyelaras kegiatan-kegiatan berkenaan, memberi nasihat, bimbingan, kursus-kursus, membuat kajian keperluan sukan dan jenis-jenis sukan, merancang dan juga melaksanakan program pelajaran tata negara di peringkat daerah, negeri dan persekutuan.

Dipanggil Peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S29 Pada 16 Feb 2021?

Terus baca dan dapatkan rujukan peperiksaan disini >>> https://examspa8i.com/contoh-soalan-peperiksaan/contoh-soalan-peperiksaan-penolong-pegawai-belia-dan-sukan-s29-2/

Semoga permohonan anda untuk Jawatan Kosong Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S29 berjaya dan dipanggil peperiksaan online samada Peperiksaan Online PSEE atau Ujian Psikometrik nanti.

Semoga berjaya!

Baca Juga  Jawatan Kosong Pembantu Awam Gred H11

One thought on “Jawatan Kosong Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S29

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?