Jawatan Kosong Penolong Pegawai Hidupan Liar G29

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Hidupan Liar G29. Adakah anda berminat memasuki perkhidmatan awam? Sekiranya anda mempunyai kelulusan yang dikehendaki dan mempunyai ciri-ciri yang ditetapkan pihak SPA, maka anda boleh memohon jawatan kosong Penolong Pegawai Hidupan liar Gred G29 di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Hidupan Liar G29

Untuk pengetahuan awal, hanya calon yang layak dan berjaya dalam tapisan awal akan dipanggil menduduki Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE). Peperiksaan ini terbahagi kepada 2 iaitu peperiksaan seksyen A, B dan C dan juga Ujian Psikometrik.

Dipendekkan cerita, perjalanan kerjaya sebagai Penolong Pegawai Hidupan Liar G29 adalah seperti dibawah:

Lulus Tapisan SPA >>> Lulus Peperiksaan Online >>> Lulus Temuduga >>> Lantikan Tetap

Bukan mudah nak masuk gomen sekarang ni, anda perlu melepasi peperiksaan dan temuduga terlebih dahulu.

Iklan Peluang Kerjaya Penolong Pegawai Hidupan Liar G29

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Hidupan Liar G29
  • Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan)
  • Diploma (Kumpulan Pelaksana)
  • Jawatan : Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29
  • Kekosongan : 5
  • Simpanan : 20
  • Tarikh tutup permohonan : 14 September 2020 (Isnin), jam 11.59 malam.

Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas

Berikut merupakan Syarat Lantikan, Gaji dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Hidupan Liar G29:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. diploma dalam bidang sains biologi, perhutanan, mikrobiologi, sains pengurusan hidupan liar, sains hayat, sains perkhidmatan veterinar/kesihatan, sains haiwan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86).

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Baca Juga  Jawatan Kosong Pembantu Pertahanan Awam KP19

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Hidupan Liar Gred G19/20, G22, G26 dan G28 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan

had umur pelantikan:

  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Hidupan Liar G29

Menjalankan tugas kuat kuasa undang-undang di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 76/72 serta membuat kawalan, pengurusan dan penyelidikan hidupan liar.

Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :

Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas

Cara Permohonan

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA8i di bawah :

Daftar atau Log Masuk – https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Tip Peperiksaan dan Contoh Soalan Peperiksaan

Dipanggil menduduki peperiksaan online Penolong Pegawai Hidupan Liar G29 ? Terus hubungi kami melalui whatsapp atau join telegram dibawah ini untuk sebarang perkembangan dan perkongsian contoh soalan nanti.

Join Telegram – https://t.me/joinchat/AAAAAFMFErweCaVlQVHrBQ

Jumpa disana!

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Penolong Pegawai Hidupan Liar G29 ini membantu anda membuat permohonan. Kami doakan kejayaan anda!

Baca Juga  Jawatan Kosong Penolong Pustakawan Gred S29

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page

Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?