Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29. Adakah anda berminat memasuki perkhidmatan awam? Sekiranya anda mempunyai kelulusan yang dikehendaki dan mempunyai ciri-ciri yang ditetapkan pihak SPA, maka anda boleh memohon jawatan kosong Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 di Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI).

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Untuk pengetahuan awal, hanya calon yang layak dan berjaya dalam tapisan awal akan dipanggil menduduki Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE). Peperiksaan ini terbahagi kepada 2 iaitu peperiksaan seksyen A, B dan C dan juga Ujian Psikometrik.

Dipendekkan cerita, perjalanan kerjaya sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 adalah seperti dibawah:

Lulus Tapisan SPA >>> Lulus Peperiksaan Online >>> Lulus Pemeriksaan Fizikal >>> Lulus Temuduga >>> Lantikan Tetap

Bukan mudah nak masuk gomen sekarang ni, anda perlu melepasi peperiksaan dan temuduga terlebih dahulu.

Iklan Peluang Kerjaya Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

  • Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29
  • Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI).
  • Diploma (Kumpulan Pelaksana)
  • Kekosongan : 10
  • Simpanan : 150
  • Tarikh tutup permohonan : 13 September 2020 (Ahad), jam 11.59 malam.

Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas

Berikut merupakan Syarat Lantikan, Gaji dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:         

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
  4. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
  5. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta menpunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);
  6. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,770.95).
  7. Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,846.15).
Baca Juga  Jawatan Kosong Jurugeospatial J41

Syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia:

  • Sijil Veterinar/Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
  • Diploma dalam bidang perikanan, pertanian hortikultur, pemakanan, teknologi makanan, kesihatan haiwan, penternakan atau sains veterinary yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,846.15).

dan mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguatkuasa atau Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19, Gred AB22 atau Gred AB26 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) atau 1(d) ; dan
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
Baca Juga  Jawatan Kosong Pegawai Veterinar GV41

had umur pelantikan:

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Kementerian Dalam Negeri

Membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjalankan aktiviti menyewa, menjual atau mengedar filem di bawah Akta Filem (Penapisan) 1952 (Pindaan 1980), menjalankan siasatan kes-kes rampasan dan menjalankan tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah.

Kementerian Pengangkutan

Menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu serta pendaftaran kenderaan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)

Bertanggungjawab membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.

Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :

Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas

Cara Permohonan

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA8i di bawah :

https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Tip Peperiksaan dan Contoh Soalan Peperiksaan

Dipanggil menduduki peperiksaan online Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29? Terus hubungi kami melalui whatsapp atau join telegram dibawah ini untuk sebarang perkembangan dan perkongsian contoh soalan nanti.

Join Telegram – https://t.me/joinchat/AAAAAFQgSgjpjs4GPDIznw

Jumpa disana!

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ini membantu anda membuat permohonan. Kami doakan kejayaan anda!

Baca Juga  Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat F41

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?