Jawatan Kosong Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa JA29

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa JA29 | Adakah anda mahu berkhidmat di sektor awam? Peluang permohonan jawatan terbuka kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi kekosongan jawatan dan pengisian jawatan kosong Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa JA29 Tahun 2020.

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa JA29

Untuk makluman anda, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam proses untuk pengiklanan kekosongan jawatan di laman web rasmi SPA8i.

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa JA29

Seperti yang diiklankan di portal SPA8i, berikut adalah maklumat kekosongan jawatan untuk dibuka kepada calon seluruh Malaysia.

  • Jawatan: Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred JA29
  • Jab/Kementerian: Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia)
  • Kekosongan: 43
  • Simpanan: 15
  • Tarikh Tutup Permohonan: 03 Febuari 2020(Isnin) jam 11:59 malam

Dibawah ini adalah paparan iklan jawatan pihak SPA.

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa JA29

Cara Permohonan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa JA29

Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa JA29 secara online di portal SPA8i.

SPA8i Login – DAFTAR MASUK

Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja, di laman sesawang SPA.

Boleh rujuk panduan ini jika anda pertama kali mendaftar di portal SPA8i.

Maklumat Gaji Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa JA29

Bagi anda yang berminat menjawat jawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa JA29, berikut adalah maklumat gaji sekiranya anda berjaya dalam temuduga Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa JA29 nanti.

  • Gaji minimum RM 1,549.00
  • Gaji Maksimum RM 5,701.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 145.00

Syarat Lantikan Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa JA29

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Sijil dalam bidang perancang bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau
  4. Diploma dalam bidang perancang bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02).
Baca Juga  Jawatan Kosong Penolong Pustakawan Gred S29

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa JA29

  1. Menyediakan maklumat dan pelan yang berkaitan untuk kegunaan perancangan dan koordinasi pembangunan infrastruktur dan utiliti serta pengangkutan/sistem trafik di kawasan perbandaran.
  2. Memberikan ulasan teknikal bagi permohonan kebenaran merancang pendirian bangunan, pindaan pendirian bangunan, kemudahan infrastruktur dan utiliti bagi kawasan perbandaran.
  3. Menyediakan pelan dan laporan lawatan tapak bagi permohonan membina struktur menara telekomunikasi dan permohonan cadangan untuk memasang struktur telekomunikasi atas bangunan oleh pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan menyediakan pelan bagi pegawai kawasan.
  4. Bertanggungjawab terhadap penyelarasan bajet berhubung dengan pengurusan projek, promosi pemasaran hartanah, pembangunan dan bajet mengurus. Pembangunan pangkalan data GIS untuk data-data perancangan serta pengumpulan maklumat-maklumat kemajuan perancangan dan pembangunan bandar.

Dipanggil Ujian Psikometrik 24 Jun 2020 ini?

Tahniah kepada anda yang layak menduduki peperiksaan online psikometrik yang akan dijalankan pada 24 Jun 2020 nanti.

Kami percaya, anda sedang berusaha untuk mendapatkan contoh-contoh soalan psikometrik untuk buat persediaan awal menjawab soalan psikologi.

Untuk lebih info, terus baca artikel yang kami sediakan khas untuk anda.

[ Baca ] Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29

Semoga permohonan anda untuk Jawatan Kosong Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa JA29 berjaya dan dipanggil peperiksaan online samada Peperiksaan Online PSEE atau Ujian Psikometrik nanti.

Semoga berjaya!

Baca Juga  Jawatan Kosong Pegawai Penguat Kuasa KP41

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?