Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tanah NT29
Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tanah Gred NT29. Adakah anda mahu berkhidmat di sektor awam? Peluang permohonan jawatan terbuka kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (SUK Negeri Melaka) bagi kekosongan jawatan dan pengisian Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tanah Gred NT29.

Untuk makluman anda, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam proses untuk pengiklanan kekosongan jawatan di laman web rasmi SPA8i.
Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tanah NT29
Seperti yang diiklankan di portal SPA8i, berikut adalah maklumat kekosongan jawatan untuk dibuka kepada calon seluruh Malaysia.
- Jawatan: Penolong Pegawai Tanah Gred NT29
- Jab/Kementerian: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (SUK Negeri Melaka)
- Kekosongan: 1
- Simpanan: 3
- Tarikh Tutup Permohonan: 20 Julai 2020 jam 11:59 malam
Dibawah ini adalah paparan iklan jawatan pihak SPA.

Cara Permohonan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tanah NT29
Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Tanah NT29 secara online di portal SPA8i.
Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja, di laman sesawang SPA – http://www.spa.gov.my/
Maklumat Gaji Penolong Pegawai Tanah NT29
Bagi anda yang berminat menjawat jawatan Penolong Pegawai Tanah NT29, berikut adalah maklumat gaji sekiranya anda berjaya dalam temuduga Penolong Pegawai Tanah NT29 nanti.
- Gaji minimum RM 1,493.00
- Gaji Maksimum RM 5,672.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 145.00
Syarat Lantikan Penolong Pegawai Tanah NT29
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil dalam bidang ukur tanah atau perancang Bandar dan wilayah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred NT29: RM1,493.00); atau
- Diploma dalam bidang ukur tanah, perancangan Bandar dan wilayah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred NT29: RM1,846.15)
Syarat Bahasa Melayu
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tanah NT29
Bertanggungjawab menerima dan memproses permohonan pengambilan balik tanah untuk projek-projek Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Agensi-agensi Kerajaan, mengawasi pelaksanaan kerja-kerja penempatan dan memperakukan kepada Pemungut Hasil Tanah atau pengesahan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Ukur bagi penempatan terakhir, memproses permohonan tanah, lesen pendudukan sementara dan permit, terlibat dalam urusan pendaftaran hak milik dan urusan tanah, urusan penguatkuasaan dan tugas-tugas lain yang diarahkan.
Semoga permohonan anda untuk Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tanah NT29 berjaya dan dipanggil peperiksaan online samada Peperiksaan Online PSEE atau Ujian Psikometrik nanti.
Semoga bermanfaat.
- Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pertanian G41
- Ujian Psikometrik – Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19
- Soalan Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma 2022
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Pertahanan Awam KP41
- Contoh Soalan Ujian Spier Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29
One thought on “Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tanah NT29”