Jawatan Kosong Penolong Penguasa Bomba KB29

Jawatan Kosong Penolong Penguasa Bomba KB29 | Adakah anda mahu berkhidmat di sektor awam? Peluang permohonan jawatan terbuka kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi kekosongan jawatan dan pengisian jawatan Penolong Penguasa Bomba KB29 Tahun 2020.

Jawatan Kosong Penolong Penguasa Bomba KB29

Untuk makluman anda, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam proses untuk pengiklanan kekosongan jawatan di laman web rasmi SPA8i.

Jawatan Kosong Penolong Penguasa Bomba KB29

Seperti yang diiklankan di portal SPA8i, berikut adalah maklumat kekosongan jawatan untuk dibuka kepada calon seluruh Malaysia.

  • Jawatan: Penolong Penguasa Bomba Gred KB29
  • Jab/Kementerian: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Kekosongan: 60
  • Simpanan: 90
  • Tarikh Tutup Permohonan: 06 Julai 2020 (Isnin) jam 11:59 malam

Dibawah ini adalah paparan iklan jawatan pihak SPA.

Jawatan Kosong Penolong Penguasa Bomba KB29

Cara Permohonan Jawatan Penolong Penguasa Bomba KB29

Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Penolong Penguasa Bomba KB29 secara online di portal SPA8i.

SPA8i Login – http://www.spa.gov.my/

Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja, di laman sesawang SPA.

Boleh rujuk panduan ini jika anda pertama kali mendaftar di portal SPA8i.

Maklumat Gaji Penolong Penguasa Bomba KB29

Bagi anda yang berminat menjawat jawatan Penolong Penguasa Bomba KB29, berikut adalah maklumat gaji sekiranya anda berjaya dalam temuduga Penolong Penguasa Bomba KB29 nanti.

  • Gaji minimum RM 1,814.00
  • Gaji Maksimum RM 5,700.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 145.00

Syarat Lantikan Penolong Penguasa Bomba KB29

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KB29: RM1,814.00);atau
  4. Diploma dalam bidang kejuruteraan atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KB29: RM1,889.09).
Baca Juga  Jawatan Kosong Leftenan Muda Maritim T13

Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti berikut:

  1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  2. berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  5. lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar. dan
  8. lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Lantikan Bekas Anggota Tentera

Bekas anggota tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class I dan telah menamatkan perkhidmatan dengan baik serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. Calon hendaklah juga memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan di perenggan 1(d) dan 1(e).

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Bomba adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan

had umur pelantikan:

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Baca Juga  Jawatan Kosong Pegawai Imigresen KP19

Deskripsi Tugas Penolong Penguasa Bomba KB29

  1. Mengawalselia dan mengemaskini pengurusan operasi kebombaan di dalam kawasan jagaan balai.
  2. Mengawalselia pengurusan latihan kemahiran dan latihan harian di balai.
  3. Mengurus dan mengawalselia pengurusan personel di balai.
  4. Mengurus dan menjalankan pelaksanaan aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan di dalam kawasan jagaan balai.

Dipanggil Peperiksaan Online PSEE Penolong Penguasa Bomba KB29 pada 19 November 2020?

Kami pasti anda sedang mencari bahan rujukan dan contoh-contoh soalan peperiksaan untuk persediaan nanti.

Rujukan khas peperiksaan KB29 ini akan kami edarkan dalam masa terdekat, join telegram dibawah untuk tidak terlepas pengumuman penting. Contoh soalan juga akan dikongsikan didalam channel telegram ini.

Join telegram >>> https://t.me/joinchat/AAAAAEbFkhhRGgiUJgZTOg

[ Baca ] – Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29

Semoga permohonan anda untuk Jawatan Kosong Penolong Penguasa Bomba KB29 berjaya dan dipanggil peperiksaan online samada Peperiksaan Online PSEE atau Ujian Psikometrik nanti.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?