Jawatan Kosong Penolong Pustakawan Gred S29

Jawatan Kosong Penolong Pustakawan Gred S29. Adakah anda mahu berkhidmat di sektor awam? Peluang permohonan jawatan terbuka kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Perpustakaan Negara Malaysia bagi kekosongan jawatan dan pengisian Jawatan Kosong Penolong Pustakawan Gred S29.

Jawatan Kosong Penolong Pustakawan Gred S29

Untuk makluman anda, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam proses untuk pengiklanan kekosongan jawatan di laman web rasmi SPA8i.

Jawatan Kosong Penolong Pustakawan Gred S29

Seperti yang diiklankan di portal SPA8i, berikut adalah maklumat kekosongan jawatan untuk dibuka kepada calon seluruh Malaysia.

  • Jawatan: Penolong Pustakawan Gred S29
  • Jab/Kementerian: Perpustakaan Negara Malaysia
  • Kekosongan: 3
  • Simpanan: 30
  • Tarikh Tutup Permohonan: 20 Julai 2020 jam 11:59 malam

Dibawah ini adalah paparan iklan jawatan pihak SPA.

Jawatan Kosong Penolong Pustakawan Gred S29

Cara Permohonan Jawatan Kosong Penolong Pustakawan Gred S29

Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Penolong Pustakawan Gred S29 online di portal SPA8i.

SPA8i Login –  https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/pendaftaran-pekerjaan-dalam-perkhidmatan-awam-spa8i

Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja, di laman sesawang SPA.

Permohonan jawatan ini adalah sepanjang tahun. Walaubagaimanapun, untuk membolehkan anda ditapis pihak SPA untuk panggilan peperiksaan online, anda perlu mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Tempoh sah permohonan adalah 1 tahun sahaja.

Maklumat Gaji Penolong Pustakawan Gred S29

Bagi anda yang berminat menjawat jawatan Penolong Pustakawan Gred S29, berikut adalah maklumat gaji sekiranya anda berjaya dalam temuduga Penolong Pustakawan Gred S29 nanti.

  • Gaji minimum RM 1,493.00
  • Gaji Maksimum RM 5,672.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 145.00

Syarat Lantikan Penolong Pustakawan Gred S29

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
  4. Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
  5. Diploma Pengurusan Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95); atau
Baca Juga  Jawatan Kosong Pegawai Penguat Kuasa KP41

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pustakawan dan Pembantu Pemuliharaan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pustakawan Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan

had umur pelantikan:

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Dipanggil Exam Penolong Pustakawan Gred S29 Pada Bulan Ini?

Terus baca dan dapatkan contoh soalan serta rujukan >> https://examspa8i.com/contoh-soalan-peperiksaan/contoh-soalan-peperiksaan-penolong-pustakawan-s29-2/

Semoga permohonan anda untuk Jawatan Kosong Penolong Pustakawan Gred S29 berjaya dan dipanggil peperiksaan online samada Peperiksaan Online PSEE atau Ujian Psikometrik nanti.

Semoga berjaya!

One thought on “Jawatan Kosong Penolong Pustakawan Gred S29

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page

Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?