Jawatan Kosong Pereka B41 dan Pereka B29

Jawatan Kosong Pereka B41 dan Pereka B29. Adakah anda mahu berkhidmat di sektor awam? Peluang permohonan jawatan terbuka kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Pereka B41 dan Pereka B29 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia(KKMM) bagi kekosongan jawatan dan pengisian Tahun 2020.

Jawatan Kosong Pereka B41 dan Pereka B29

Untuk makluman anda, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam proses untuk pengiklanan kekosongan jawatan di laman web rasmi SPA9.

Jawatan Kosong Pereka B41 dan Pereka B29

Seperti yang diiklankan di portal SPA8i, berikut adalah maklumat kekosongan jawatan untuk dibuka kepada calon seluruh Malaysia.

  • Jawatan: Pereka Gred B41
  • Ijazah(Kumpulan Pengurusan dan Profesional)
  • Kementerian/Jabatan: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
  • Kekosongan: 3
  • Simpanan: 5

Dibawah ini adalah paparan iklan jawatan pihak SPA.

Jawatan Kosong Pereka B41 dan Pereka B29
  • Jawatan: Pereka Gred B29
  • Diploma(Kumpulan Pelaksana)
  • Kementerian/Jabatan: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
  • Kekosongan: 13
  • Simpanan: 10

Dibawah ini adalah paparan iklan jawatan pihak SPA.

Jawatan Kosong Pereka B41 dan Pereka B29

Tarikh Tutup Permohonan: 07 Disember 2020(Isnin) jam 11:59 malam

Cara Permohonan Jawatan Kosong Pereka Gred B41 dan Pereka Gred B29

Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Pereka Gred B41 dan Pereka Gred B29 secara online di portal SPA9 (dulu dikenali sebagai SPA8i).

Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja, di laman sesawang SPA – http://www.spa.gov.my/

Maklumat Gaji Pereka Gred B41

Bagi anda yang berminat menjawat jawatan Pereka Gred B41, berikut adalah maklumat gaji sekiranya anda berjaya dalam temuduga Pereka Gred B41 nanti.

  • Gaji minimum RM2,095.00
  • Gaji Maksimum RM9,870.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 225.00

Maklumat Gaji Pereka Gred B29

Bagi anda yang berminat menjawat jawatan Pereka Gred B29, berikut adalah maklumat gaji sekiranya anda berjaya dalam temuduga Pereka Gred B29 nanti.

  • Gaji minimum RM1,499.00
  • Gaji Maksimum RM5,679.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 145.00
Baca Juga  Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan KP11

Syarat Lantikan Pereka Gred B41

Syarat Lantikan :              

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis. (Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,095.00); atau
  4. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang seni kreatif, seni bina dalaman, seni lukis atau seni reka yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,302.30).

Syarat Ujian Khas

Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab menyediakan reka bentuk dan lay-out grafik, bahan-bahan pameran, fotografi, percetakan dan termasuk pengurusan bahan serta peralatan yang berkaitan.

Syarat Lantikan Pereka Gred B29

Syarat Lantikan :              

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jurusolek adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pereka Gred B29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:             
  4. mempunyai kelayakan di perenggan 1(d); dan  
  5. had umur pelantikan:    
  6. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau        
  7. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau        
  8. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Baca Juga  Jawatan Kosong Pegawai Sains C41

Syarat Ujian Khas

Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab menyediakan reka bentuk dan lay-out grafik, bahan-bahan pameran, fotografi, percetakan dan termasuk pengurusan bahan serta peralatan yang berkaitan.

Tip Peperiksaan Online Pereka B41 dan Pereka B29

Sekiranya anda dipanggil menduduki peperiksaan online Pereka Gred B41 atau Pereka Gred B29 dalam masa terdekat ini, pastikan anda tahu format peperiksaan yang anda akan duduki nanti.

Mengikut sejarah peperiksaan PSEE yang dijalankan pihak SPA, ada kemungkinan peperiksaan kali ini adalah Ujian Psikometrik.

Walaubagaimanapun, kami akan update contoh-contoh soalan peperiksaan berkaitan untuk membantu anda dalam peperiksaan nanti. Terus hubungi kami untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang Rujukan Khas Exam atau Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan.

Whatsapp sini >>> https://bit.ly/NakRujukanKhasPerekaB41B29

Semoga permohonan anda untuk Jawatan Kosong Pereka B41 dan Pereka B29 berjaya dan dipanggil peperiksaan online samada Peperiksaan Online PSEE atau Ujian Psikometrik nanti.

Semoga Berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?