Jawatan Kosong Pustakawan S41

Jawatan Kosong Pustakawan S41 | Adakah anda mahu berkhidmat di sektor awam? Peluang permohonan jawatan terbuka kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Pustakawan Gred S41 di Perpustakaan Negara Malaysia bagi kekosongan jawatan dan pengisian Tahun 2020.

Jawatan Kosong Pustakawan S41

Untuk makluman anda, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam proses untuk pengiklanan kekosongan jawatan di laman web rasmi SPA8i.

Jawatan Kosong Pustakawan S41

Seperti yang diiklankan di portal SPA8i, berikut adalah maklumat kekosongan jawatan untuk dibuka kepada calon seluruh Malaysia.

  • Jawatan: Pustakawan Gred S41
  • Kekosongan: 1
  • Simpanan: 30
  • Tarikh Tutup Permohonan: 02 Mac 2020 jam 11:59 malam

Dibawah ini adalah paparan iklan jawatan pihak SPA.

Jawatan Kosong Pustakawan S41

Cara Permohonan Jawatan Kosong Pustakawan S41

Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Pustakawan S41 S41 secara online di portal SPA8i.

Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja, di laman sesawang SPA – http://www.spa.gov.my/

Maklumat Gaji Pustakawan S41

Bagi anda yang berminat menjawat jawatan Pustakawan S41, berikut adalah maklumat gaji sekiranya anda berjaya dalam temuduga Pustakawan S41 nanti.

  • Gaji minimum RM 2,078.00
  • Gaji Maksimum RM 9,544.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 225.00

Syarat Lantikan Pustakawan S41

SYARAT LANTIKAN :       

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:           

  1. warganegara Malaysia; 
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. ijazah sarjana muda kepujian Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)
  4. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang perpustakaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau
  5. Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,588.49)
Baca Juga  Jawatan Kosong Pegawai Undang-Undang L41

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.                 

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN         

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pustakawan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pustakawan Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:           

  • mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan  
  • had umur pelantikan:    
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas Pustakawan S41

Bertanggungjawab melaksana secara profesional program pembangunan sumber maklumat, pendokumentasian dan pengurusan maklumat penyediaan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh pengguna perpustakaan, menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan kewangan, penyeliaan dan pengurusan sumber manusia, melaksanakan pemeliharaan dan keselamatan sumber maklumat dan aplikasi ICT di perpustakaan.

Dipanggil Ujian Psikometrik 24 Jun 2020??

[ Baca ] Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan Gred S41

Semoga permohonan anda untuk Jawatan Kosong Pustakawan S41 berjaya dan dipanggil peperiksaan online samada Peperiksaan Online PSEE atau Ujian Psikometrik nanti.

Semoga bermanfaat.

Baca Juga  Jawatan Kosong Penguasa Imigresen Gred KP41

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?