Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred Ya1 PDRM

Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred Ya1 (Lelaki Sahaja). Polis DiRaja Malaysia adalah salah satu perkhidmatan yang terbesar di negara ini. Oleh kerana fungsinya yang berbeza-beza dan unik maka sudah semestinya ia memberi banyak peluang yang tidak boleh didapati dalam perkhidmatan lain.

Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred Ya1 (Lelaki Sahaja)

Pelbagai bahagian yang terdapat di dalamnya boleh menawarkan peluang kerjaya yang mencabar dan menyeronokkan. Di samping berpeluang berkhidmat untuk negara, anda juga dapat mencungkil dan mengasah bakat terpendam yang mungkin ada pada diri anda.

Bagaimana Memasuki Perkhidmatan Polis?

Anda boleh memasuki perkhidmatan polis sebagai Konstabel, Sarjan dan Inspektor. Jika anda terpilih, anda akan menjalani kursus asas selama 3-12 bulan di pusat-pusat latihan polis bagi mempelajari undang-undang, sains kepolisan, kawad, persenjataan, latihan jasmani, termasuk seni mempertahankan diri.

Setiap ahli pasukan mesti melalui tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum disahkan dalam jawatan.

Maklumat Jawatan Dan Syarat Permohonan

KLASIFIKASI : Konstabel Polis YA1 (Lelaki/Wanita)

KUMPULAN PERKHIDMATAN : Sokongan

GRED GAJI / JAWATAN : YA1

JADUAL GAJI YA1 : RM 1,441.00 – RM 4,152.00

Kadar Gaji Tahunan : RM 100.00

Syarat Lantikan :              

Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel yang dikeluarkan melalui:

  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016 yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016.

Syarat-syarat permohonan:

  1. Terdiri Daripada Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;

Kelayakan Akademik :

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan
  2. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Kelayakan Fizikal: (Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut)

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa bersepatu.
  2. Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg.
  3. Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap).
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).
Baca Juga  Jawatan Kosong Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29

Permohonan jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki Sahaja) akan dibuka bermula (Rabu) 1 Januari 2020 hingga (Selasa) 14 Januari 2020 sahaja.

Kenaikan Pangkat

Setiap anggota dalam perkhidmatan polis mempunyai peluang yang sama untuk kenaikan pangkat. Setiap anggota akan dinilai dari aspek tempoh perkhidmatan, kecemerlangan dalam tugas dan rekod perkhidmatan yang baik.

Cara Memohon Online

Permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini boleh dibuat secara online melalui Sistem e-Pengambilan PDRM, https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/.

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PMR/SPM/STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana dan tidak melebihi daripada 35 tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PHD pada tarikh pendaftaran.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web sistem e-Pengambilan PDRM untuk membuat permohonan dan keterangan lanjut. (Rujuk Syarat-syarat Kelayakan di ‘Skim Jawatan‘ sebelum memohon). Talian Help Desk : 03-2266 8348/8350/8351.

Sumber – FB Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia

Terima kasih kerana membaca artikel Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred Ya1 PDRM ini. Semoga membantu calon yang layak dan menepati syarat permohonan.

Semoga berjaya!

3 thoughts on “Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred Ya1 PDRM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?