Lupa Kata Laluan SPA8i : Borang Pendaftaran Pekerjaan Kerajaan
Anda terlupa password untuk SPA8i Login di website rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Calon yang telah memohon jawatan di laman portal spa8 perlu memastikan tempoh sah permohonan dalam satu (1) tahun sahaja.

Permohonan jawatan boleh dilakukan sepanjang masa, namun perlu memastikan tempoh sah 1 tahun untuk membolehkan permohonan anda dipertimbangkan dalam tapisan awal pihak SPA.
Sebelum ini, anda sudah tahu cara bagaimana untuk login masuk ke portal SPA8i kan? kalau tak tahu lagi, boleh baca sini.
Cara Selesaikan Masalah Lupa Password Akaun SPA8i
Untuk mengembalikan kata laluan yang sudah dilupakan calon yang memohon di SPA8, anda perlu melakukan beberapa langkah untuk kemaskini dan reset kata laluan yang baru.
Cara-cara untuk selesaikan masalah lupa kata laluan SPA8i adalah:
1. Masuk ke portal SPA8 – http://www.spa.gov.my/web/guest/pemohon-pekerjaan
2. Kemudian, pilih Borang Pendaftaran Dalam Perkhidmatan Awam SPA8i – Server 1 atau Server 2 (boleh pilih mana-mana link)

3. Klik pada butang “Lupa Kata Laluan”
4. Lengkapkan “Maklumat Asas”, “Maklumat Soalan Keselamatan” dan “Maklumat Kata Laluan Baru”

Nota: Bagi tujuan set semula , anda dikehendaki memastikan: jawapan bagi soalan keselamatan adalah tepat atau maklumat alamat adalah seperti pada kad pengenalan
5. Masukkan “Kod Keselamatan” dan klik butang “Hantar”
Satu email pemberitahuan akan dihantar ke email yang anda daftarkan dengan portal SPA.
Semoga dengan perkongsian artikel ini, sedikit sebanyak membantu anda untuk reset lupa kata laluan SPA8i untuk buat permohonan, kemaskini dan menyemak permohonan jawatan kosong dalam perkhidmatan awam Malaysia.
Makluman Terkini
Pihak SPA telah menaiktaraf Sistem Pendaftaran Pekerjaan daripada SPA8i kepada SPA9.
Sebarang permohonan baru, kemaskini permohonan dan semakan status permohonan boleh dibuat menerusi portal SPA9.
Layari SPA9 >>> https://spa9.spa.gov.my/login
Semoga membantu.
- 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurufotografi Gred B29
- Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan Gred S41 2023
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan S29
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pengurus Asrama N29
- Contoh Soalan Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)
saya dah cuba banyak kali untuk reset password tetapi tidak berjaya. Apa yang dikatakan “terdapat masalah pada sistem. Sila cuba sebentar lagi”.