SPA8i : Cara Kemaskini Permohonan SPA8i New
Anda sudah membuat permohonan jawatan di dalam portal SPA8i secara online? namun, terdapat jawatan baru yang pihak SPA hebahkan tidak termasuk dalam senarai jawatan yang anda pernah pohon sebelum ini?

Untuk melayakkan anda dipertimbangkan untuk dipilih dipanggil peperiksaan atau temuduga jawatan baru di SPA8, anda perlu kemaskini permohonan anda.
Cara Kemaskini Permohonan Jawatan Baru Di SPA8i New
Untuk maklumat jawatan kosong dan pengisian jawatan baru oleh SPA, anda perlu mendapatkan maklumat terkini iklan jawatan kosong di Laman Portal SPA8i, dan di laman Fan Page Facebook SPA.
Iklan jawatan kosong ini akan dipaparkan dibahagian PENGUMUMAN TERKINI laman portal SPA8i.
Contoh Iklan Baru Jawatan Kosong Seperti Dibawah ini:

Cara untuk Kemaskini Permohonan SPA8i adalah seperti langkah-langkah dibawah:
1. Login ke portal SPA8 – https://spa9.spa.gov.my/login
2. Pilih Borang Pendaftaran Perkhidmatan Awam – Server 1 atau Server 2

3. Masukkan ID Pengguna (Kad Pengenalan) dan Kata Laluan (Password)

4. Setelah Login, anda pilih “Jawatan Dipohon”
5. Pilih jawatan baru yang anda nak pohon dan klik butang “Simpan”

6. Klik “Pengakuan Pemohon” dan Tick pada checkbox “Saya Setuju” dan “Hantar”
Selesai! anda sudah mengemukakan permohonan jawatan baru untuk sesi tapisan pihak SPA untuk jawatan kosong terbabit.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk calon peperiksaan, temuduga dan bakal penjawat awam diluar sana.
- 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurufotografi Gred B29
- Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan Gred S41 2023
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan S29
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pengurus Asrama N29
- Contoh Soalan Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)