SPA8i Semakan : Jadual Temuduga Jawatan SPA8
SPA8i Semakan : Jadual Temuduga Jawatan SPA8. Adakah anda sedang menunggu pengumuman tarikh sesi temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam masa terdekat ini? Kami pasti anda telah sampai ke peringkat terakhir sebelum anda memasuki pekerjaan dalam perkhidmatan awam Malaysia.

Bekerja dalam sektor awam adalah impian ramai graduan IPTA dan IPTS. Ini kerana kerjaya ini boleh dikatakan terjamin dan banyak kemudahan yang boleh diperolehi. Kebanyakkan lepasan IPTA/IPTS sekarang memilih untuk bekerja dengan Kerajaan berbanding Swasta.
Peperiksaan Online dan Ujian Psikometrik Adalah Wajib
Sejak tahun 2019, pihak SPA sangat teliti dalam perlantikan jawatan dalam kerajaan. Calon yang memohon sesebuah jawatan kosong itu terlalu banyak sehinggakan sukar untuk membuat tapisan.
Untuk menapis calon yang paling sesuai menjawat jawatan tersebut, pihak SPA mewajibkan calon yang berjaya melepasi tapisan awal yang di tetapkan oleh Kementerian/Jabatan untuk menduduki peperiksaan online PSEE atau Ujian Psikometrik.
Peperiksaan online ini merupakan “tool” yang digunapakai untuk ‘menapis’ calon yang layak. Anda yang dipanggil menduduki peperiksaan ini perlulah menumpukan sepenuh perhatian dan mengulangkaji subjek yang berkaitan untuk memudahkan menjawab soalan peperiksaan tersebut.
Cara Semak Jadual Temuduga SPA Terkini
Kalau dah sampai tahap nak semak jadual temuduga ni, maksudnya anda sudah melepasi Peperiksaan Online atau Ujian Psikometrik, Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecerdasan (badan beruniform), dan Profession Assessment Centre (PAC).
Untuk semak jadual temuduga terkini yang diadakan pihak SPA, ada beberapa cara untuk buat semakan. Berikut adalah cara semakan jadual temuduga terkini spa:
1. Layari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dan klik bahagian Senarai Penjadualan Temu Duga
2. Layari Fan Page Facebook – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dan follow page ni agar sentiasa mendapat info/status terkini pihak SPA.
3. Sentiasa semak email anda. Pihak SPA akan menghantar email pemberitahuan keputusan peperiksaan online dan ujian psikometrik tersebut beserta link untuk semakan.
4. Log masuk ke Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) anda dan klik bahagian Semakan Permohonan. Lihat bahagian status jawatan tersebut, dan keputusan temuduga tertera disitu.
Sebagai Tip Persediaan Temuduga SPA, kami sediakan Ebook Rahsia Persiapan Temuduga untuk anda!
Terus dapatkan melalui link dibawah..

eBook ini sesuai untuk semua jawatan temuduga SPA.
Manakal untuk temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11, anda boleh terus dapatkan panduan anda dibawah.

eBook ini sesuai untuk temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
Semoga dengan perkongsian SPA8i Semakan : Jadual Temuduga Jawatan SPA8 ini dapatlah membantu anda membuat semakan keputusan online nanti.
Semoga membantu!
- 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurufotografi Gred B29
- Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan Gred S41 2023
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan S29
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pengurus Asrama N29
- Contoh Soalan Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)