SPA8i Semakan : Keputusan Ujian Psikometrik SPA8
SPA8i Semakan : Keputusan Ujian Psikometrik SPA8. Adakah anda calon Ujian Psikometrik untuk jawatan kosong di SPA8 yang lepas? Anda pasti tidak sabar nak tahu keputusan ujian psikometrik tersebut bukan? Lulus atau gagal itu bergantung kepada bagaimana anda berusaha untuk mengulangkaji dan menjawab soalan-soalan peperiksaan tersebut.

Semakan Keputusan Ujian Psikometrik SPA8
Dalam penilaian SPA, terdapat 2 jenis peperiksaan yang lazimnya diberikan kepada calon-calon sesebuah jawatan yang ditawarkan. Jika dulu (sebelum tahun 2019), untuk jawatan gred 29 dan kebawah hanya ada Ujian Psikometrik, bermula tahun 2019 hingga tahun 2020 ini, hampir semua jawatan menjalani peperiksaan online dan sebahagiannya(pelbagai gred) adalah ujian psikometrik.
Apa beza Peperiksaan Online dan Ujian Psikometrik?
Dua(2) peperiksaan ini selalu disalah ertikan calon peperiksaan SPA. Peperiksaan ini berbeza dan seeloknya, anda perlu tahu perbezaan antara 2 jenis peperiksaan ini.
Peperiksaan Online PSEE
Peperiksaan PSEE adalah peperiksaan yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
- Seksyen A – Pengetahuan Am
- Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris
Ujian Psikometrik
Ujian Psikometrik pula dikaitkan dengan ujian psikologi yang mana menguji tahap kecenderungan calon, kestabilan emosi, daya berfikir, disiplin, tingkah laku dan sebagainya.
Konsep soalan adalah aneka pilihan jawapan, dan pilihan jawapan adalah seperti Ya, Tidak, Setuju, Tidak Setuju, dan Betul, Tidak Betul dan sebagainya.
Cara Semakan Keputusan Ujian Piskometrik SPA
Anda yang mahu menyemak keputusan ujian psikometrik SPA yang lepas, ada beberapa cara untuk buat semakan.
Dibawah ini tiga(4) alternatif untuk memudahkan anda lakukan semakan keputusan ujian psikometrik:
1. Layari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dan klik bahagian Senarai Keputusan Peperiksaan/ Pemeriksaan Fizikal,Pancaindera & Kecergasan
2. Layari Fan Page Facebook – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dan follow page ni agar sentiasa mendapat info/status terkini pihak SPA.
3. Sentiasa semak email anda. Pihak SPA akan menghantar email pemberitahuan keputusan peperiksaan online dan ujian psikometrik tersebut beserta link untuk semakan.
4. Log masuk ke Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) anda dan klik bahagian Semakan Permohonan. Lihat bahagian status jawatan tersebut, dan keputusan ujian psikometrik tertera disitu.
Semoga dengan perkongsian SPA8i Semakan : Keputusan Ujian Psikometrik SPA8 ini dapatlah membantu anda membuat semakan keputusan online nanti.
Semoga bermanfaat!
- 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurufotografi Gred B29
- Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan Gred S41 2023
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan S29
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pengurus Asrama N29
- Contoh Soalan Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)