SPA9 Login: Semakan dan Kemaskini Permohonan Jawatan SPA
SPA9 Login: Semakan dan Kemaskini Permohonan Jawatan SPA. Adakah anda telah membuat permohonan jawatan melalui portal SPA8i sebelum ini? Jika permohonan anda masih dalam tempoh sah 1 tahun, maka anda tidak perlu membuat permohonan jawatan semula.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda mahu buat kemaskini permohonan jawatan atau mengubah jawatan yang hendak dipohon anda perlu mendaftar semula melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan SPA iaitu SPA9.
SPA9 merupakan sistem baru yang telah dinaiktaraf daripada SPA8i sebelum ini. Penaiktarafan ini adalah untuk meningkatkan mutu sistem pendaftaran pekerjaan sebelum ini untuk pemohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam Malaysia.
Semakan Status Permohonan Jawatan SPA9
Calon yang telah membuat permohonan melalui SPA8i boleh melihat Status Permohonan Jawatan melalui portal baru SPA9.
Namun begitu, anda perlu membuat pendaftaran semula (untuk login kali pertama selepas naiktaraf ke SPA9) dengan mengisi Pendaftaran Pengguna.
Log Masuk SPA9 >>> https://spa9.spa.gov.my/login
Lengkapkan maklumat yang dikehendaki seperti dibawah ini.
- Maklumat Pemohon
- Maklumat Kata Laluan
- Soalan Keselamatan
- Dan, Persetujuan

Selepas semuanya dah isi, terus klik butang DAFTAR.
Untuk menyemak status permohonan jawatan, anda Login SPA9 dan klik bahagian Semakan Permohonan. Paparan akan kelihatan seperti dibawah ini.
Anda boleh menyemak:

Semakan Status Permohonan – Semakan samada anda melepasi tapisan atau tidak melepasi tapisan.
Semakan Status Penjadualan –Â Semakan status penjadualan peperiksaan, ujian fizikal, pancaindera & kecergasan, profession assessment centre (PAC) dan temuduga.
Semakan Status Keputusan – Semakan status penjadualan peperiksaan, ujian fizikal, pancaindera & kecergasan, profession assessment centre (PAC) dan temuduga.
Kemaskini Permohonan Jawatan SPA9
Untuk membuat kemaskini permohonan jawatan di SPA9, anda boleh berbuat demikian selepas mendaftar akaun semula di SPA9.
Kemudian, anda halakan tetikus pada bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dipohon.

Anda boleh menambah atau menghapuskan nama jawatan yang anda nak disitu. Jumlah jawatan yang boleh dipohon adalah 15 jawatan sahaja.
Jika terdapat sebarang pertanyaa atau aduan berkaitan sistem pendaftaran pekerjaan SPA ini, boleh menguhubungi nombor dan pautan aduan dibawah;
HOTLINE SPA : 03-8091 9000
ePertanyaan SPA :
Semoga perkongsian SPA9 Login: Semakan dan Kemaskini Permohonan Jawatan SPA ini membantu anda dalam membuat semakan status permohonan jawatan dan kemaskini permohonan di laman web baru SPA9.
- 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurufotografi Gred B29
- Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan Gred S41 2023
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan S29
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pengurus Asrama N29
- Contoh Soalan Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)
Permohonan anggota Bomba
masih ada permohonan ?
bagaimana cara nak tahu sama ada permohonan jawatan yg didaftarkn di SPA9 tu berjaya? kalau ada list di bahagian status permohonan semasa tu bermksud jawatan tu dapat ya??