SPA9 Login: Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
SPA9 Login: Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Anda mahu memohon jawatan kosong dalam perkhidmatan awam Malaysia? Jika anda berminat memasuki perkhidmatan awam, anda perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui portal SPA9 dan bukan lagi SPA8i sebelum ini.

Pihak SPA telah menaiktaraf sistem pendaftaran pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kepada SPA9. Portal permohonan pekerjaan ini boleh digunakan atau boleh diakses bermula 28 September 2020.
SPA9 Login: Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Bagi anda yang baru nak memohon pekerjaan dalam sektor awam, anda tak perlu mencari laman web SPA8 lagi ye.
Ini kerana portal yang baru telah dilancarkan dan anda hanya boleh memohon secara online menggunakan portal SPA9 ini.

Untuk makluman, pemohon sedia ada dibawah SPA8i yang akaun pendaftaran masih belum tamat tempoh tidak perlu membuat pendaftaran semula di SPA9 kecuali untuk semakan permohonan dan memohon jawatan baru.
Cara Pendaftaran Pemohon Baru SPA9
Bagi anda yang baru nak buat permohonan jawatan baru, berikut adalah panduan pengguna baru untuk daftar di portal SPA9.
Langkah 1: Klik >> https://spa9.spa.gov.my/register
Langkah 2: Masukkan maklumat lengkap yang dikehendaki
Langkah 3: Lengkapkan Maklumat Peribadi, Maklumat Pendidikan, dan Senaraikan 15 Jawatan yang hendak dipohon
Langkah 4: Buat pengakuan, dan Hantar permohonan.
Tempoh sah permohonan tersebut adalah 1 tahun. Tempoh 1 (satu) tahun dikira bermula daripada permohonan dihantar/diterima. Anda tak perlu memohon semula kecuali ada iklan jawatan kosong yang tidak termasuk dalam 15 jawatan yang anda pohon. Anda boleh mengemaskini permohonan tersebut.
Lupa Kata Laluan SPA9
Bagaimana jika anda terlupa kata laluan akaun SPA9?
Anda boleh reset kata laluan menggunakan pautan dibawah ini:
Lupa kata laluan? >>> klik https://spa9.spa.gov.my/terlupa-kata-laluan
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Hotline SPA di talian 03-8091 9000 atau melalui Sistem ePertanyaan SPA di pautan https://aduan.spa.gov.my
Semoga perkongsian SPA9 Login: Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ini membantu anda dalam pendaftaran baru, log masuk, lupa kata laluan SPA9 dan semakan permohonan.
Semoga membantu.
- 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurufotografi Gred B29
- Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan Gred S41 2023
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan S29
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pengurus Asrama N29
- Contoh Soalan Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)