SPA9 Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9)

SPA9 Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9). Anda mahu memohon jawatan kosong dalam perkhidmatan awam Malaysia? Jika anda berminat memasuki perkhidmatan awam, anda perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui portal SPA9 dan bukan lagi SPA8i sebelum ini.

SPA9 Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9)

Pihak SPA telah menaiktaraf sistem pendaftaran pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kepada SPA9. Portal permohonan pekerjaan ini boleh digunakan atau boleh diakses bermula 28 September 2020.

SPA9 Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Bagi anda yang baru nak memohon pekerjaan dalam sektor awam, anda tak perlu mencari laman web SPA8 lagi ye.

Ini kerana portal yang baru telah dilancarkan dan anda hanya boleh memohon secara online menggunakan portal SPA9 ini.

SPA9 Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Untuk makluman, pemohon sedia ada dibawah SPA8i yang akaun pendaftaran masih belum tamat tempoh tidak perlu membuat pendaftaran semula di SPA9 kecuali untuk semakan permohonan dan memohon jawatan baru.

Cara Pendaftaran Pemohon Baru SPA9

Bagi anda yang baru nak buat permohonan jawatan baru, berikut adalah panduan pengguna baru untuk daftar di portal SPA9.

Langkah 1: Klik >> https://spa9.spa.gov.my/register

Langkah 2: Masukkan maklumat lengkap yang dikehendaki

Langkah 3: Lengkapkan Maklumat Peribadi, Maklumat Pendidikan, dan Senaraikan 15 Jawatan yang hendak dipohon

Langkah 4: Buat pengakuan, dan Hantar permohonan.

Tempoh sah permohonan tersebut adalah 1 tahun. Tempoh 1 (satu) tahun dikira bermula daripada permohonan dihantar/diterima. Anda tak perlu memohon semula kecuali ada iklan jawatan kosong yang tidak termasuk dalam 15 jawatan yang anda pohon. Anda boleh mengemaskini permohonan tersebut.

Lupa Kata Laluan SPA9

Bagaimana jika anda terlupa kata laluan akaun SPA9?

Anda boleh reset kata laluan menggunakan pautan dibawah ini:

Baca Juga  SPA8i Semakan : Status Permohonan Jawatan SPA8i Online

Lupa kata laluan? >>> klik https://spa9.spa.gov.my/terlupa-kata-laluan

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Hotline SPA di talian 03-8091 9000 atau melalui Sistem ePertanyaan SPA di pautan https://aduan.spa.gov.my

Semoga perkongsian SPA9 Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) ini membantu anda dalam pendaftaran baru, log masuk, lupa kata laluan SPA9 dan semakan permohonan.

Semoga membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?