Semakan Keputusan Peperiksaan SPA8i
Semakan Keputusan Peperiksaan SPA8i. Adakah anda calon peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) baru-baru ini? Tahniah kerana Berjaya dipanggil menduduki peperiksaan PSEE ini. Anda adalah antara calon bertuah yang berpeluang membuktikan kemampuan dalam peperiksaan spa. Peperiksaan online ini adalah tapisan awal terhadap calon sebelum dipanggil menghadiri temuduga nanti.

Semakan Keputusan Peperiksaan Online Terkini SPA8i
Tentu anda tidak sabar menanti keputusan peperiksaan SPA kan? Yalah, anda dah berusaha menjawab soalan peperiksaan mestilah nak keputusan yang baik. Nak lulus peperiksaan online PSEE ini bukanlah mudah, anda bersaing dengan ratusan ribu calon lain yang lebih hebat menjawab soalan-soalan peperiksaan ini.
Untuk mendapatkan semakan keputusan peperiksaan SPA, ada beberapa cara boleh dilakukan, semakan keputusan ini selalunya dipaparkan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam tempoh 30 hari daripada tarikh peperiksaan dijalankan.
Cara buat semakan keputusan peperiksaan boleh dilakukan melalui;
- Semakan keputusan peperiksaan melalui laman web rasmi portal SPA8i – klik sini
- Semakan melalui pemberitahuan email semakan oleh pihak SPA
- Semakan melalui hebahan pihak SPA di Facebook Page
Adakah anda LULUS?
Tahniah jika anda lulus dalam peperiksaan spa ini. Anda tidak lama lagi akan dipanggil temuduga!
Jika anda TERKANDAS dalam peperiksaan ini, usah bersedih kerana mungkin kali ini bukan rezeki anda lagi. Paling penting anda sudah buat yang terbaik dalam exam psee tersebut.
Berapa Markah Lulus Peperiksaan SPA?
Berapakah markah lulus peperiksaan online spa? Soalan ini banyak kami terima, dan menjadi persoalan utama setiap calon yang mengambil peperiksaan spa ini.
Walaubagaimanapun, berapa markah lulus peperiksaan online psee SPA ini hanya pihak SPA yang tahu. Apa yang kami cuba anda faham adalah ;
- Terlalu Ramai Calon Peperiksaan. Terdapat ratusan ribu atau puluhan ribu calon yang menduduki peperiksaan untuk jawatan tersebut.
- Persaingan Terlalu Banyak dan Kekosongan Jawatan Sedikit. Bayangkan, setiap jawatan yang diiklankan pihak SPA hanya sedikit kekosongan. Contohnya, jika 10,000 calon peperiksaan pihak SPA dan hanya perlukan 10 peratus calon lulus dengan markah paling tinggi. Markah rendah pastinya tidak akan tersenarai dalam list panggilan temuduga.
Format Peperiksaan Online PSEE SPA Tahun 2020
Berdasarkan peperiksaan tahun lepas, terdapat beberapa bahagian peperiksaan ini. Ianya meliputi;
- Seksyen A – Pengetahuan Am
- Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris
Tetapi, ada juga sesetangah jawatan hanya memerlukan 2 bahagian, misalnya;
- Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris
Dan, untuk jawatan lulusan SPM pula ada peperiksaan yang hanya melibatkan satu bahagian sahaja, misalnya;
- Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
Tips Temuduga Kerja Kerajaan
Fakta penting yang anda perlu tahu tentang calon-calon temuduga kerja Kerajaan. Lebih 90% calon tidak membuat sebarang persedian. Ianya adalah disebabkan mereka tidak tahu apakah persediaan yang perlu dilakukan. Malahan, ada juga calon yang hadir ke sesi temuduga hanya secara sambil lewa sahaja!
Tiada sebarang pengalaman dan kurang pendedahan. Masalah ini paling ketara bagi calon yang pertama kali menghadiri sesi temuduga kerajaan. Jadi, pastikan anda mempunyai sedikit pendedahan tentang situasi dan soalan-soalan yang mungkin ditanyakan oleh pihak penemuduga.
Komunikasi yang kurang lancar. Punca utama adalah disebabkan calon terlalu gementar dan terkesima dengan soalan-soalan yang diterima! Mereka tiada idea langsung tentang apa yang hendak dijawab!
Penampilan yang tidak tepat. Ramai calon tidak mengenakan pakaian dengan etika pemakaian yang betul sewaktu hadir ke sesi temuduga.
Over Confident! Terlalu yakin!. Kesilapan ini sering dilakukan oleh calon-calon yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang.
Adakah anda pernah melakukan kesilapan-kesilapan ini? Usah risau kerana kami kongsikan dengan anda panduan dan rujukan temuduga kerja kerajaan disini.
Dapatkan Panduan Temuduga dan Menjawab Soalan Temuduga Kerja Kerajaan
Anda tengah mencari panduan dan contoh soalan temuduga? Ya, anda berada di website ini kerana niat anda bersungguh-sungguh nak masuk kerja Kerajaan.
Jangan bantutkan cita-cita anda tanpa melakukan apa-apa!
Buatlah persediaan awal menghadapi temuduga SPA nanti. Panduan ini bukan sahaja kongsikan contoh soalan temuduga tetapi juga menampilkan 72 tips menulis resume.
Dapatkan Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan dibawah ni.

Semoga perkongsian Semakan Keputusan Peperiksaan SPA8i ini membantu anda membuat persediaan hadiri temuduga nanti.
Semoga berjaya!
- Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pertanian G41
- Ujian Psikometrik – Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19
- Soalan Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma 2022
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Pertahanan Awam KP41
- Contoh Soalan Ujian Spier Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29