Senarai Gaji, Tugas dan Syarat Lantikan Jururawat U41

Senarai Gaji, Tugas dan Syarat Lantikan Jururawat U41 | Sebelum anda memohon sebagai Jururawat U41, ataupun baru nak memohon jawatan Jururawat U41,  apakah anda sudah mengetahui apakah deskripsi dan tugas-tugas Jururawat U41? Ingat, selepas memohon anda perlu menunggu untuk panggilan peperiksaan online atau ujian psikometrik sebelum sesi temuduga.

Senarai Gaji, Tugas dan Syarat Lantikan Jururawat U41

Ini penting agar anda tidak tersilap memohon jawatan mengikut kelayakan dan tugas Jururawat U41.

Senarai Gaji  Jururawat U41

Berikut adalah maklumat gaji Jururawat U41:

Jadual Gaji:

Rujuk Jadual Gaji Jururawat U41 dibawah ini…

Senarai Gaji, Tugas dan Syarat Lantikan Jururawat U41

Syarat Lantikan Jururawat U41

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:       

  • warganegara Malaysia; 
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.(Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas Jururawat U41

  1. Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik.
  2. Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.
  3. Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.
  4. Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
  5. Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
  6. Membuat pesanan bekalan peralatan.
  7. Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.
  8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.
Baca Juga  Senarai Tugas dan Gaji Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29

Tugas-Tugas Jururawat Gred U41

Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan

Pemantauan Kejururawatan

  • Mengawalselia perawatan dengan melakukan rondaan ke wad/klinik/unit berjadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan keselamatan pelanggan.

Fungsi Pengurusan dan Penyeliaan

  • Merancang perkhidmatan kejururawatan dan perawatan selari dengan aliran sains dan teknologi juga konsep terkini.
  • Menyelia pembentukan dan pembangunan kerjaya kejururawatan melalui latihan dan kursus dalam perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan.

Kawalan Mutu

  • Merancang lawatan penyeliaan untuk memastikan amalan kejururawatan dijalankan mengikut piawaian.
  • Memastikan perawatan dilakukan berpandukan Standard Operating Procedures (SOP) – menentukan protokol dan garis panduan dalam prosedur kejururawatan dipraktikkan.

Latihan Kejururawatan

  • Merancang dan menyelaras kursus/latihan amali anggota kejururawatan di antara kolej dan diperingkat negeri.

Semoga anda berjaya dalam peperiksaan online psikometrik dan seterusnya sesi temuduga Jururawat U41 nanti.

Terima kasih kerana membaca artikel Senarai Gaji, Tugas dan Syarat Lantikan Jururawat U41 ini. Semoga membantu anda.

Sumber : SPA

One thought on “Senarai Gaji, Tugas dan Syarat Lantikan Jururawat U41

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?