Senarai Tugas Pegawai Kebudayaan

Senarai Gaji, Tugas dan Syarat Lantikan Pegawai Kebudayaan | Sebelum anda memohon sebagai Pegawai Kebudayaan, apakah anda sudah mengetahui apakah deskripsi dan tugas-tugas Pegawai Kebudayaan?

Senarai Gaji, Tugas dan Syarat Lantikan Pegawai Kebudayaan

Ini penting agar anda tidak tersilap memohon jawatan mengikut kelayakan dan tugas Pembantu Pendaftaran KP19.

Jadual Gaji Pegawai Kebudayaan

Berikut adalah maklumat gaji Pegawai Kebudayaan:

Jadual Gaji:

Pegawai Kebudayaan Gred B19

  • Gaji Minimum   RM 1,360.00 | Gaji Maksimum RM 4,032.00 | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan  RM 100.00

Pegawai Kebudayaan Gred B21

  • Gaji Minimum   RM 2,047.00 | Gaji Maksimum RM 4,747.00 | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan  RM 115.00

Pegawai Kebudayaan Gred B25

  • Gaji Minimum   RM 2,597.00 | Gaji Maksimum RM 5,289.00 | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan  RM 125.00

Pegawai Kebudayaan Gred B27

  • Gaji Minimum   RM 2,726.00 | Gaji Maksimum RM 5,564.00 | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan  RM 130.00

Pegawai Kebudayaan Gred B29/30

  • Gaji Minimum   RM 1,499.00 | Gaji Maksimum RM 5,679.00 | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan  RM 145.00

Pegawai Kebudayaan Gred B31

  • Gaji Minimum   RM 2,851.00 | Gaji Maksimum RM 6,263.00 | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan  RM 155.00

Pegawai Kebudayaan Gred B37

  • Gaji Minimum   RM 3,565.00 | Gaji Maksimum RM 7,588.00 | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan  RM 180.00

Pegawai Kebudayaan Gred B41

  • Gaji Minimum   RM 2,095.00 | Gaji Maksimum RM 9,870.00 | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan  RM 225.00

Pegawai Kebudayaan Gred B43

  • Gaji Minimum   RM 3,600.00 | Gaji Maksimum RM 10,456.00 | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan  RM 250.00

Pegawai Kebudayaan Gred B47

  • Gaji Minimum   RM 5,162.00 | Gaji Maksimum RM 11,692.00 | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan  RM 270.00

Pegawai Kebudayaan Gred B51

  • Gaji Minimum   RM 5,797.00 | Gaji Maksimum RM 12,372.00 | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan  RM 290.00

Pegawai Kebudayaan Gred B53

  • Gaji Minimum   RM 6,124.00 | Gaji Maksimum RM 13,182.00 | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan  RM 320.00

Syarat Lantikan Pegawai Kebudayaan

Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia; 
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
Baca Juga  Senarai Gaji, Tugas dan Syarat Lantikan Pembantu Pendaftaran KP19

Kelayakan Lantikan Ke GRED B19

  1. mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau          
  2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau     
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,418.12); atau
  4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,476.24).          

Kelayakan Lantikan Ke GRED B29

  1. mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau          
  2. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau          
  3. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau     
  4. diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,777.78). 

 Kelayakan Lantikan Ke GRED B41

  1. mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,095.00); atau          
  2. ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,302.30).         
  3. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,302.30).    
Baca Juga  Senarai Tugas Juru X-Ray U29

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c)(ii),1(c)(iii), 1(c)(iv),1(d)(ii),1(d)(iii),1(d)(iv) atau 1(e)(ii),1(e)(iii) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.              

Syarat Lantikan Terus Ke Jawatan Pegawai Kebudayaan GRED B21 ATAU B25

Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Kebudayaan Gred B21 atau B25 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:          

  1. memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(c) dan 2; dan  
  2. memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau           
  3. memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan. (Gaji permulaan lantikan pada Gred B21: RM2,047.00 /Gaji permulaan lantikan pada Gred B25: RM2,597.00).                          

Syarat Lantikan Terus Ke Jawatan Pegawai Kebudayaan GRED B31 ATAU B37

Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Kebudayaan Gred B31 atau B37 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:          

  1. memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a),1(b),1(d) dan 2 di atas; dan 
  2. memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau           
  3. memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.(Gaji permulaan lantikan pada Gred B31: RM2,851.00/Gaji permulaan lantikan pada Gred B37: RM3,565.00).          

Peningkatan Secara Lantikan Ke Jawatan Pegawai Kebudayaan GRED B41

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Artis Budaya Gred B29/30, B31/32, B37/38 atau B39/40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Kebudayaan Gred B41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:      

  1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(e); dan    
  2. had umur pelantikan:    
  3. memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau           
  4. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau               
  5. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau         
  6. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.                   
Baca Juga  Senarai Tugas dan Syarat Lantikan Pembantu Syariah LS19

Syarat Lantikan Terus Ke Jawatan Pegawai Kebudayaan GRED B43, B47, B51 ATAU B53

Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Kebudayaan Gred B43, B47, B51 atau B53 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:      

  1. memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a),1(b),1(e) dan 2; dan
  2. memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau           
  3. memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.(Gaji permulaan lantikan pada Gred B43: RM3,600.00/Gaji permulaan lantikan pada Gred B47: RM5,162.00/Gaji permulaan lantikan pada Gred B51: RM5,797.00/Gaji permulaan lantikan pada Gred B53: RM6,124.00).

Syarat Ujian Khas

Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang kebudayaan sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

Deskripsi Tugas Pegawai Kebudayaan

Bertanggungjawab merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program kebudayaan dan kesenian di peringkat kementerian, negeri dan antarabangsa.

Semoga dengan perkongsian Senarai Gaji Tugas dan Syarat Lantikan Pegawai Kebudayaan ini akan membantu mengetahui Senarai Tugas Pegawai Kebudayaan di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?