Senarai Gaji, Tugas dan Syarat Lantikan Pembantu Pendaftaran KP19
Senarai Gaji, Tugas dan Syarat Lantikan Pembantu Pendaftaran KP19 | Sebelum anda memohon sebagai Pembantu Pendaftaran KP19, apakah anda sudah mengetahui apakah deskripsi dan tugas-tugas Pembantu Pendaftaran KP19?

Ini penting agar anda tidak tersilap memohon jawatan mengikut kelayakan dan tugas Pembantu Pendaftaran KP19.
Jadual Gaji Pembantu Pendaftaran KP19
Berikut adalah maklumat gaji Pembantu Pendaftaran KP19:
Jadual Gaji:
- GAJI MINIMUM RM 1,355.00
- GAJI MAKSIMUM RM 4,007.00
- KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN RM 100.00
Syarat Lantikan Pembantu Pendaftaran KP19
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas Pembantu Pendaftaran KP19
Memproses permohonan-permohonan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Sijil Kewarganegaraan, Sijil Perkahwinan dan Penceraian dan Sijil Pindaan Butiran dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia.
Semoga dengan perkongsian Senarai Gaji Tugas dan Syarat Lantikan Pembantu Pendaftaran KP19 ini akan membantu mengetahui gaji, tugas dan syarat lantikan bagi jawatan Pembantu Pendaftaran KP19di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Jika anda dipanggil exam Pembantu Pendaftaran KP19 pada 16 Oktober ini, terus dapatkan contoh-contoh soalan peperiksaan dan eBook Khas Pembantu Pendaftaran KP19

Klik sini untuk download >> https://go.infotambahan.com/pendaftarankp19/16495
Semoga bermanfaat.
- 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurufotografi Gred B29
- Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan Gred S41 2023
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan S29
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pengurus Asrama N29
- Contoh Soalan Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)