Senarai Tugas dan Syarat Lantikan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29

Senarai Gaji, Tugas dan Syarat Lantikan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 | Sebelum anda memohon sebagai Penolong Pegawai Pendaftaran KP29, apakah anda sudah mengetahui apakah deskripsi dan tugas-tugas Penolong Pegawai Pendaftaran KP29?

Senarai Gaji, Tugas dan Syarat Lantikan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29

Ini penting agar anda tidak tersilap memohon jawatan mengikut kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Pendaftaran KP29.

Gaji Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29

Berikut adalah maklumat gaji Penolong Pegawai Pendaftaran KP29:

Jadual Gaji:

  • GAJI MINIMUM RM 1,493.00
  • GAJI MAKSIMUM RM 5,696.00   
  • KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN  RM 145.00

Syarat Lantikan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN GRED KP29

  1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred KP29 : RM1,493.00); atau
  2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00); atau
  3. diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,770.95).

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pendaftaran adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • had umur pelantikan:
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Baca Juga  Senarai Tugas Penolong Pegawai Tadbir N29

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Pendaftaran KP29

Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), seorang Penolong Pegawai Pendaftaran KP29, bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang

Untuk memahami apakah bidang tugas penolong pegawai tadbir, ianya boleh dipecahkan seperti berikut.

Senarai Tugas Dan Tanggungjawab Penolong Pegawai Pendaftaran KP29

  • Pelaksanaan dan Penguatkuasaan Undang-undang
  • Urusan Kad Pengenalan
  • Urusan Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat
  • Urusan Kewarganegaraan
  • Urusan Perkahwinan dan Perceraian
  • Aktiviti Siasatan dan Pendakwaan

Panduan Temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran KP29

Sekiranya anda dipanggil temuduga jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29, anda boleh dapatkan rujukan dan panduan temuduga kerja SPA melalui banner dibawah ni.

rahsia temuduga kerja kerajaan

Semoga dengan perkongsian Senarai Gaji, Tugas dan Syarat Lantikan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 ini akan membantu mengetahui gaji, tugas dan syarat lantikan bagi jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29 di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?