Senarai Tugas dan Gaji Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Senarai Tugas dan Gaji Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41. Sebelum anda memohon sebagai Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41, apakah anda sudah mengetahui apakah deskripsi dan tugas-tugas Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41? Atau anda sudah dipanggil peperiksaan untuk Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 ini dan nak buat ‘study’ berkaitan jawatan ni?

Senarai Tugas dan Gaji Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Ini penting agar anda tidak tersilap memohon jawatan mengikut kelayakan dan tugas Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41.

Untuk makluman awal, jawatan ini penempatannya adalah di Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP).

Jadual Gaji Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Berikut adalah maklumat gaji Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41:

Jadual Gaji:

Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Gaji Minimum RM2,315.00 | Gaji Maksimum RM9,618.00 | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan  RM225.00

Syarat Lantikan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Berikut adalah syarat lantikan bagi Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 untuk pengetahuan anda.

Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:           

  1. warganegara Malaysia; 
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denggannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,315.00); atau        
  4. ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,522.44); atau          
  5. ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,833.78); atau        
  6. ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM3,145.11).           
Baca Juga  Senarai Tugas Pembantu Pendaftaran KP19

 Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.            

Syarat Peningkatan Secara Lantikan       

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:      

  • mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan    

had umur pelantikan:    

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.  

Walaubagaimanapun, sebelum anda layak dilantik sebagai Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41, anda perlu melepasi tapisan awal pihak SPA.

Kemudian, anda perlu lulus peperiksaan yang diwajibkan iaitu Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE). Hanya calon yang lulus exam ini akan dipanggil sesi PAC dan temuduga.

DIPANGGIL EXAM PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41 08 JULAI 2020?

Dapatkan rujukan dan contoh soalan disini – Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41

Semoga dengan perkongsian Senarai Tugas dan Gaji Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 ini akan membantu mengetahui gaji, tugas dan syarat lantikan bagi jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 di MAMPU nanti.

Baca Juga  Senarai Tugas dan Gaji Pemeriksa Kilang dan Jentera J41

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?