Senarai Tugas dan Gaji Pemeriksa Kilang dan Jentera J41
Senarai Tugas dan Gaji Pemeriksa Kilang dan Jentera J41. Sebelum anda memohon sebagai Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41, apakah anda sudah mengetahui apakah deskripsi dan tugas-tugas Pemeriksa Kilang dan Jentera J41? Atau anda sudah dipanggil peperiksaan untuk Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 ini dan nak buat ‘study’ berkaitan jawatan ni?

Ini penting agar anda tidak tersilap memohon jawatan mengikut kelayakan dan tugas Pemeriksa Kilang dan Jentera J41.
Untuk makluman awal, jawatan ini penempatannya adalah di Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP).
Jadual Gaji Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41
Berikut adalah maklumat gaji Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41:
Jadual Gaji:
Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41
Gaji Minimum RM2,529.00
Gaji Maksimum RM9,643.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 225.00
Syarat Lantikan Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41
Berikut adalah syarat lantikan bagi Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 untuk pengetahuan anda.
SYARAT LANTIKAN :
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00);
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
- lulus peperiksaan badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Jurutera Malaysia/Institut Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Deskripsi Tugas Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41
Menyemak reka bentuk dan membuat pemeriksaan ke atas pengandung tekanan, mesin angkat dan alat-alat keselamatan bagi jentera-jentera semasa pembinaan dan yang digunakan di tempat kerja. Membuat pemeriksaan di tapak pembinaan bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan. Menyiasat aduan-aduan dan kemalangan di tempat kerja dan membuat laporan serta membuat kerja-kerja pemantauan untuk kesihatan industri.
Sumber: SPA
Walaubagaimanapun, sebelum anda layak dilantik sebagai Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41, anda perlu melepasi tapisan awal pihak SPA.
Kemudian, anda perlu lulus peperiksaan yang diwajibkan iaitu Ujian Psikometrik. Hanya calon yang lulus ujian psikometrik ini akan dipanggil sesi temuduga.
Dapatkan rujukan dan contoh soalan ujian psikometrik disini – Contoh Soalan Psikometrik Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41
Tip Panduan dan Contoh Soalan Temuduga
Dipanggil temuduga Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41 dalam masa terdekat ini?
Terus dapatkan eBook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan melalui pautan dibawah:

Semoga dengan perkongsian Senarai Tugas dan Gaji Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 ini akan membantu mengetahui gaji, tugas dan syarat lantikan bagi jawatan Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41 di Kementerian Sumber Manusia nanti.
Semoga bermanfaat.
- 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurufotografi Gred B29
- Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan Gred S41 2023
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan S29
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pengurus Asrama N29
- Contoh Soalan Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)