Senarai Tugas dan Gaji Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29
Senarai Tugas dan Gaji Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29. Adakah anda berminat untuk menjawat jawatan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29? Jika anda berimpian untuk berkhidmat dalam sektor awam, ini adalah peluang terbaik anda untuk membuat permohonan di laman portal SPA8i.

Untuk makluman awal pemohon, pihak SPA akan membuat tapisan awal terlebih dahulu sebelum anda dipanggil sesi temuduga. Ianya sama ada Peperiksaan Online PSEE melibatkan Seksyen A- Pengetahuan Am, Seksyen B- Daya Menyelesaikan Masalah, Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris ataupun Ujian Psikometrik.
Calon yang LULUS peperiksaan wajib ini sahaja yang akan dipanggil temuduga.
Maklumat Jadual Gaji Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29
Berikut merupakan maklumat gaji Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29;
- GAJI MINIMUM RM 1,549.00
- GAJI MAKSIMUM RM 5,701.00
- KENAIKAN GAJI TAHUNAN RM145.00
Syarat Lantikan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29
Syarat Lantikan:
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau
- Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)
Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Deskripsi Tugas Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29
Pembantu kepada Pemeriksa Kilang dan Jentera. Menyemak reka bentuk dan membuat pemeriksaan ke atas pengandung tekanan, mesin angkat dan alat-alat keselamatan bagi jentera-jentera semasa pembinaan dan yang digunakan di tempat kerja. Membuat pemeriksaan di tapak pembinaan bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan. Menyiasat aduan-aduan dan kemalangan di tempat kerja dan membuat laporan serta membuat kerja-kerja pemantauan untuk kesihatan industri.
Tip Menjawab Soalan Ujian Psikometrik SPA Dengan Mudah
Tahniah kepada anda yang berjaya dipanggil menduduki ujian psikometrik dalam masa terdekat ini. Bagi anda yang dah pernah menjawab soalan psikometrik pasti dah tahu macam mana format soalan ujian ni.
Namun, bagi anda yang pertama kali menduduki peperiksaan psikometrik pastinya masih tertanya-tanya bagaimana format soalan dan cara menjawab dengan mudah. Setiap jawatan dan kementerian ada keperluan kriteria pemilihan calon, ianya dinilai berdasarkan jawapan anda pada situasi dan pertanyaan nanti.
Kami nak bantu anda memahami bentuk soalan dan cara menjawa soalan psikometrik ini. Terus dapatkan EBOOK UJIAN PSIKOMETRIK DIBAWAH untuk membantu anda buat persediaan nanti.

Ini adalah VERSI DIGITAL (pdf) dan bukan buku fizikal. Anda akan dapat akses ke laman download selepas bayaran disahkan.
Jadual Ujian Psikometrik Terkini
- Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29 (Kejuruteraan Kimia)
- Kementerian Sumber Manusia
- Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik
- Tarikh Peperiksaan : 17 Disember 2021
Diharapkan agar anda berjaya dalam peperiksaan ujian psikometrik yang akan dijalankan tak lama lagi. Untuk pengetahuan awal, ketahuilah Senarai Tugas dan Gaji Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29 ini. Kami doakan kejayaan anda!
- 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurufotografi Gred B29
- Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan Gred S41 2023
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan S29
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pengurus Asrama N29
- Contoh Soalan Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)