Senarai Tugas dan Gaji Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29

Senarai Tugas dan Gaji Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29. Adakah anda berminat untuk menjawat jawatan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29? Jika anda berimpian untuk berkhidmat dalam sektor awam, ini adalah peluang terbaik anda untuk membuat permohonan di laman portal SPA8i.

Senarai Tugas dan Gaji Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29

Untuk makluman awal pemohon, pihak SPA akan membuat tapisan awal terlebih dahulu sebelum anda dipanggil sesi temuduga. Ianya sama ada Peperiksaan Online PSEE melibatkan Seksyen A- Pengetahuan Am, Seksyen B- Daya Menyelesaikan Masalah, Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris ataupun Ujian Psikometrik.

Calon yang LULUS peperiksaan wajib ini sahaja yang akan dipanggil temuduga.

Maklumat Jadual Gaji Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29

Berikut merupakan maklumat gaji Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29;

GAJI MINIMUM RM 1,549.00 | GAJI MAKSIMUM RM 5,701.00 | KENAIKAN GAJI TAHUNAN RM145.00

Syarat Lantikan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29

Syarat Lantikan:

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  2. warganegara Malaysia;
  3. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  4. Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau
  5. Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan
  3. had umur pelantikan:
  4. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  5. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  6. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Baca Juga  Senarai Tugas Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Deskripsi Tugas Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29

Pembantu kepada Pemeriksa Kilang dan Jentera. Menyemak reka bentuk dan membuat pemeriksaan ke atas pengandung tekanan, mesin angkat dan alat-alat keselamatan bagi jentera-jentera semasa pembinaan dan yang digunakan di tempat kerja. Membuat pemeriksaan di tapak pembinaan bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan. Menyiasat aduan-aduan dan kemalangan di tempat kerja dan membuat laporan serta membuat kerja-kerja pemantauan untuk kesihatan industri.

Diharapkan agar anda berjaya dalam peperiksaan ujian psikometrik yang akan dijalankan tak lama lagi. Untuk pengetahuan awal, ketahuilah Senarai Tugas dan Gaji Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29 ini. Kami doakan kejayaan anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?