Senarai Tugas dan Syarat Lantikan Juruteknik Komputer FT19
Senarai Tugas dan Syarat Lantikan Juruteknik Komputer FT19 | Sebelum anda memohon sebagai Juruteknik Komputer FT19 , apakah anda sudah mengetahui apakah deskripsi dan tugas-tugas Juruteknik Komputer FT19 ?

Ini penting agar anda tidak tersilap memohon jawatan mengikut kelayakan dan tugas Juruteknik Komputer FT19. Selain itu juga, senarai tugas Juruteknik Komputer FT19 ini selalu ditanya ketika sesi temuduga SPA nanti.
Maklumat Gaji Juruteknik Komputer FT19
Berikut adalah maklumat gaji Juruteknik Komputer FT19 :
Jadual Gaji:
- GAJI MINIMUM RM 1,377.00
- GAJI MAKSIMUM RM 4,052.00
- KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN RM 100.00
Syarat Lantikan Juruteknik Komputer FT19
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,377.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,435.12); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,493.24).
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas Juruteknik Komputer FT19
Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.
Sumber: http://spa.gov.my/web/guest/deskripsi-tugas/spm-sijil/3813
Semoga dengan perkongsian Senarai Tugas dan Syarat Lantikan Juruteknik Komputer FT19 ini akan membantu mengetahui gaji, tugas dan syarat lantikan bagi jawatan Juruteknik Komputer FT19 di MAMPU.
- Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pertanian G41
- Ujian Psikometrik – Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19
- Soalan Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma 2022
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Pertahanan Awam KP41
- Contoh Soalan Ujian Spier Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29