Senarai Tugas dan Syarat Lantikan Pembantu Syariah LS19

Senarai Tugas dan Syarat Lantikan Pembantu Syariah LS19 | Sebelum anda memohon sebagai Pembantu Syariah LS19, apakah anda sudah mengetahui apakah deskripsi dan tugas-tugas Pembantu Syariah LS19?

Senarai Tugas dan Syarat Lantikan Pembantu Syariah LS19

Ini penting agar anda tidak tersilap memohon jawatan mengikut kelayakan dan tugas Pembantu Syariah LS19 . Selain itu juga, senarai tugas Pembantu Syariah LS19 ini selalu ditanya ketika sesi temuduga SPA nanti.

Maklumat Gaji Pembantu Syariah LS19

Berikut adalah maklumat gaji Pembantu Syariah LS19 :

Jadual Gaji:

GAJI MINIMUM RM 1,355.00
GAJI MAKSIMUM RM 4,007.00
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN RM 100.00

Syarat Lantikan Pembantu Syariah LS19

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:
  4. Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
  5. Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi). (Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,355.00); atau
  6. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,411.40); atau
  7. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,467.80).

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas Pembantu Syariah LS19

Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan perundangan syariah, meliputi urusan pendaftaran, perbicaraan, guaman, pendakwaan dan pentadbiran di Mahkamah Syariah.

Baca Juga  Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Syariah LS19

Sumber: http://spa.gov.my/web/guest/deskripsi-tugas/spm-sijil/3082

Semoga dengan perkongsian Senarai Tugas dan Syarat Lantikan Pembantu Syariah LS19 ini akan membantu mengetahui gaji, tugas dan syarat lantikan bagi jawatan Pembantu Syariah LS19 di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia serta di Pelbagai Kementerian/Jabatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?