Senarai Tugas Pembantu Kemahiran Gred H19 JKR

Senarai Tugas Pembantu Kemahiran Gred H19. Tahniah kepada calon yang berjaya dalam Ujian Psikometrik Pembantu Kemahiran yang lalu. Kami percaya anda berjaya kerana usaha dan rezeki anda menjawat jawatan ini dalam Kerajaan.

Senarai Tugas Pembantu Kemahiran

Walaubagaimanapun, anda perlu lulus temuduga dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) terlebih dahulu sebelum dilantik secara sah dalam perkhidmatan awam.

Secara lazimnya, beberapa bulan selepas Ujian Psikometrik, pihak SPA akan membuat sesi temuduga untuk jawatan tersebut. So, jika anda calon peperiksaan atau ujian psikometrik 14 November lalu, ada kemungkinan anda akan dipanggil temuduga bulan Januari atau pertengahan tahun 2020 nanti.

Gaji, Syarat Lantikan dan Deskripsi Tugas Pembantu Kemahiran H19

Dalam sesi temuduga, antara soalan yang akan ditanya adalah maklumat jawatan Pembantu Kemahiran. Selalunya, anda akan ditanya mengenai tugas dan tanggungjawab seorang Pembantu Kemahiran Gred H19.

Dibawah ini adalah maklumat jawatan berkaitan kumpulan, jabatan, jadual gaji, syarat lantikan dan tugas pembantu kemahiran h19:

Pembantu Kemahiran Gred H19

Kumpulan: Pelaksana

Kem/Jab: Perkhidmatan Kemahiran

Jadual Gaji : Gaji minimum    RM1,377.00 , Gaji Maksimum RM4,052.00 & Kadar Kenaikan Tahunan RM100.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,377.00); atau
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau
  4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau
  5. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24).
  6. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24).
  7. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Baca Juga  Senarai Tugas dan Syarat Lantikan Juruteknik Komputer FT19

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Loji, Pembantu Awam, Pembantu Operasi, Pemandu Kenderaan, Pemandu/Operator Jentera Pemunggah dan Penghantar Notis adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan

had umur pelantikan:

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas Pembantu Kemahiran H19

Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bangunan kerajaan iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji kenderaan/jentera/peralatan awam dan mekanikal, pepasangan elektrik, sistem elektrik, sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.

Semoga berjaya nanti ya.

Semoga artikel Senarai Tugas Pembantu Kemahiran H19 ini membantu anda memahami tugas jawatan ini dan berjaya menjawat kerja Kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?