Contoh Soalan Pengetahuan Am Latihan Separa Perubatan 2020
Contoh Soalan Pengetahuan Am Latihan Separa Perubatan 2020. Adakah anda calon yang bertuah menduduki Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma kali ini? Anda adalah ribuan calon yang layak ditapis oleh pihak SPA untuk melayakkan anda mengikuti Latihan Separa Perubatan di institut latihan seluruh negara.

Didalam artikel ini, kami di pihak Examspa8i.com akan cuba membantu sedaya upaya supaya calon-calon peperiksaan latihan separa perubatan boleh menjawab dan LULUS peperiksaan ini.
Penjadualan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Terkini
Untuk makluman anda, penjadualan peperiksaan telah diumumkan pihak SPA di Fan Page SPA dan semakan boleh dilakukan di portal SPA8.
Berikut adalah penjadualan exam separa perubatan terkini:
- Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian (Semenanjung/Sabah/Sarawak)
- Kementerian Kesihatan Malaysia
- Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
- Tarikh Peperiksaan : 13 Julai 2020]
- Masa Peperiksaan : 11:30 Pagi – 12:30 Tengah Hari
- Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Kesihatan Awam (Semenanjung/Sabah/Sarawak)
- Kementerian Kesihatan Malaysia
- Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
- Tarikh Peperiksaan : 13 Julai 2020
- Masa Peperiksaan : 10:00 Pagi – 11:00 Pagi
Format Peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
Pada kali ini, peperiksaan online Latihan Separa Perubatan tidak ada lagi Ujian Psikometrik.
Peperiksaan kali ini melibatkan 2 bahagian iaitu:
- Seksyen A – Pengetahuan Am
- Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris
Berikut adalah penerangan setiap seksyen peperiksaan ini:-
Seksyen A – Pengetahuan Am
Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek kesihatan umum, sains, sosial dan budaya, pengetahuan am tentang Malaysia dan isu-isu semasa.
Seksyen B– Kefahaman Bahasa Inggeris
Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.
Contoh Soalan Pengetahuan Am Separa Perubatan
Tahukah anda, Soalan Separa Perubatan yang bakal ditanya sudah pasti berkisar tentang bidang Separa Perubatan. Anda perlulah membuat persediaan awal sebaik mungkin untuk menjawab soalan-soalan Separa Perubatan yang mungkin menjejaskan skor anda jika anda tidak tahu sesuatu perkara itu.
Untuk makluman anda, peperiksaan ini diadakan oleh pihak SPA Malaysia bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk persediaan, anda perlu mencari maklumat tentang struktur pentadbiran Malaysia, Kementerian-Kementerian, Suruhanjaya-Susruhanjaya, Jabatan-Jabatan Dibawah Kementerian dan Agensi Kerajaan.
Soalan Pengetahuan Am ini lebih umum. Banyak maklumat yang anda perlu ketahui untuk persediaan. Jika menjurus kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, ada beberapa perkara yang anda perlu ketahui seperti Objektif, Misi, Visi, Jabatan dibawahnya, Akta berkaitan dan Bidang Tugas Pembantu Pembedahan Pergigian itu sendiri.
Berikut merupakan contoh soalan seksyen A Pengetahuan Am Pembantu Kesihatan Awam untuk rujukan dan gambaran awal anda bagaimana bentuk atau set soalan, topic dan tajuk yang mungkin ditanya dalam peperiksaan online spa nanti.
1. Darah tinggi berlaku apabila tekanan darah.
- A. 135 mmHG
- B. 140 mmHG
- C. 145 mmHG
- D. 150 mmHG
2. Apakah kandungan asid dalam perut masuki semula ke salur esophagus, ia akan mengakibatkan.
- A. Gastrik
- B. Sakit dibahagian perut
- C. Sakit dibahagian kerongkong
- D. Gastroesophageal Reflux Disease
3. Apakah salah satu tanda bagi gejala serangan panic?
- A. Serangan jantung
- B. Kerosakan saraf
- C. Pening
- D. Buta
4. Berdasarkan pernyataan dibawah, manakah yang TIDAK BERKAITAN dengan protein?
- A. Mengandungi zat contohnya asid amino
- B. Protien kelas pertama banyak diperolehi daripada haiwan
- C. Memanaskan badan apabila berada di persekitaran yang terlalu sejuk
- D. Protein sayuran mengandungi sedikit protein kelas pertama dan protein kelas kedua
5. Sawan demam berlaku akibat daripada
- A. Perubahan cuaca yang mendadak
- B. Apabila suhu badan mencecah 39 darjah selsius
- C. Antibodi di dalam badan lemah akibat virus
- D. Perubahan gelombang otak secara mengejut
6. Berikut ialah penyumbang kepada kanser serviks KECUALI
- A. Strok
- B. Merokok
- C. Kerap hamil
- D. Jangkitan HIV
7. Berikut adalah symptom keracunan makanan KECUALI
- A. Pening
- B. Sakit kepala
- C. Muntah-muntah
- D. Berpeluh/demam
8. Bagaimanakah makanan boleh menjadi punca kepada keracunan makanan?
- A. Makanan dimasak tidak sedap
- B. Makanan dimasak oleh warga asing
- C. Makanan tidak dimasak dengan baik
- D. Makanan dimasak oleh tukang masak tidak mahir
9. Bilakah masanya anda perlu berhenti dari bersenam?
- A. Bila anda berasa penat
- B. Bila anda sudah bosan
- C. Bila anda berasa sakit, pening dan tidak selesa
- D. Bila hari sudah mula panas atau matahari terbenam
10. Agen infeksi bagi penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) ialah
- A. Virus
- B. Cacing
- C. Fungus
- D. Bakteria
Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA. Kenapa?
1. Tak Tahu Format
Ini yang biasa berlaku. Bila calon tidak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi.
2. Tak Cukup MASA
Kalau persediaan tidak cukup memang akan ambil masa lama untuk jawab exam sebab kena fikir banyak benda! Tapi kalau persediaan RAPI, tak akan ada masalah lagi!
3. Tak Tahu Nak Mula Kat Mana
Nak buat persediaan tapi tak tahu nak mula kat mana. Tau-tau esok dah exam. Memang Kelam kabut la. Tak terkejut tengok soalan nanti!
4. Silap Persediaan
Dah studi tapi terkeluar dari skop! Membuta tuli. Patut fokus apa yang berkaitan ja. Bukan perlu studi dan hafal semua perlembagaan Malaysia!
Sebab itu untuk persediaan awal, calon-calon memerlukan Contoh Soalan Pengetahuan Am sebagai rujukan dan latih tubi sebelum menghadapi peperiksaan.
Dapatkan Rujukan Peperiksaan Separa Perubatan
Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.
Anda bernasib baik kerana berada di website ini, kami dengan kerjasama Tim Inforkerjaya menyediakan bahan rujukan dan himpunan contoh soalan peperiksaan online SPA ini dengan niat untuk membantu calon menjawab soalan dengan mudah nanti.
Rujukan utama ini komprehensif untuk persediaan peperiksaan Separa Perubatan. Ianya mencakupi;
- 41 Nota Ringkas Pengetahuan Separa Perubatan
- 67 Nota Ringkas Pengetahuan Am
- Seksyen A – Pengetahuan Am (157 Soalan & Jawapan)
- Tip dan panduan menjawab soalan peperiksaan
- Pengetahuan Am kesihatan di Malaysia
- Maklumat mengenai format TERKINI 2020
- 200++ muka surat
Untuk dapatkan Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan ini, terus muat-turun melalui link dibawah.

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!
Terima kasih kerana membaca Contoh Soalan Pengetahuan Am Latihan Separa Perubatan 2020 ini, harapan kami agar anda berjaya LULUS dalam peperiksaan ini nanti.
Semoga berjaya!
- 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurufotografi Gred B29
- Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan Gred S41 2023
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan S29
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pengurus Asrama N29
- Contoh Soalan Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)