Panduan Permohonan Latihan Separa Perubatan Taraf Sijil SPM/SVM

Tahukah anda, jawatan dalam bidang separa perubatan adalah jawatan yang paling ramai kakitangannya di Malaysia? Sebelum menjawat jawatan dalam Kerajaan, calon perlu mengikuti Training Separa Perubatan terlebih dahulu!

Keperluan dalam bidang perubatan sangat membuka ruang kepada graduan lepasan SPM/SVM.

Pemohon haruslah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) untuk memohon Latihan Jawatan Separa Perubatan ini.

Syarat Kelayakan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

Syarat Kelayakan:

  • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.

Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil:

  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Dalam kategori Separa Perubatan Bertaraf Sijil, terdapat 2 jawatan iaitu:

  1. Latihan Pembantu Kesihatan Awam       
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Latihan Pembantu Kesihatan Awam 

Jantina: Lelaki sahaja

Tempoh: 2 tahun

Biasiswa Semasa: RM755.06 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:

  1. Institut Latihan KKM Sungai Buloh, Selangor
  2. Institut Latihan KKM Batu Rakit, Terengganu (Pembantu Kesihatan Awam)

Syarat Latihan:

  • Warganegara Malaysia
  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Online Separa Perubatan 2020

Kelayakan:

  • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Rendah/Pembantu Am Pejabat, Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Pembantu Kesihatan Awam apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di atas; dan berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Jantina: Lelaki dan Perempuan

Tempoh: 2 tahun

Biasiswa Semasa Latihan: RM755.06 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:

  • Institut Latihan KKM Pulau Pinang (Pergigian)

Syarat Latihan:

  • Warganegara Malaysia
  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Kelayakan:

  • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Baca Juga  Permohonan Latihan Separa Perubatan Sesi Julai Tahun 2020

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Training Pembantu Pembedahan Pergigian apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di atas; dan berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Bagaimana Cara Memohon Training Separa Perubatan Bertaraf SPM/SVM? Mohon di Laman web SPA! www.spa.gov.my

PENGUMUMAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Bagi calon yang layak, surat panggilan temu duga dan ujian akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.

Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page

Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?