Permohonan Latihan Separa Perubatan Sesi Julai Tahun 2020
Permohonan Latihan Separa Perubatan Sesi Julai Tahun 2020 Bertaraf Sijil dan Diploma. Adakah anda berminat memasuki perkhidmatan awam dalam kerjaya Separa Perubatan? Anda perlu membaca artikel ini sampai habis kerana kami akan kongsikan kepada anda kekosongan jawatan atau permohonan latihan separa perubatan untuk taraf sijil dan diploma sesi Julai tahun 2020 nanti.

Pasti anda tahu, perkhidmatan awam yang terbesar dan paling ramai kakitangan adalah Polis, Bomba, Tentera dan Separa Perubatan. Ini sejajar dengan kepentingan Negara untuk menjaga kualiti kesihatan rakyatnya.
Permohonan Latihan Separa Perubatan Sesi Julai Tahun 2020
Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sedang dalam pengiklanan kekosongan jawatan untuk memasuki latihan separa perubatan untuk tahun 2020.
Terdapat 2 latihan yang lazimnya dijalankan iaitu
- Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil
- Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
Untuk pengambilan latihan separa perubatan kali ini, terdapat beberapa jawatan mengikut taraf Sijil/Diploma. Berikut adalah kekosongan latihan tersebut:
Kekosongan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil
- Pembantu Kesihatan Awam (Kekosongan : 40)
- Pembantu Pembedahan Pergigian (Kekosongan: 100)
Kekosongan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
- Jururawat (Perempuan) (Kekosongan: 200)
- Jururawat (PSL) (Kekosongan: 750)
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (Kekosongan: 60)
- Penolong Pegawai Perubatan (Kekosongan: 200)
- Juruteknologi Makmal Perubatan (Kekosongan: 70)
- Penolong Pegawai Farmasi (Kekosongan: 60)
- Jurupulih Anggota (Fisioterapi) (Kekosongan: 25)
- Jurupulih Cara Kerja (Kekosongan: 35)
- Juru X-Ray (Radiografi) (Kekosongan: 50)
- Juruterapi Pergigian (Kekosongan: 60)
- Juruteknologi Pergigian (Kekosongan: 45)
Keutamaan:
Calon hendaklah memiliki Kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu, Sains, Matematik, dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM/SPM(V)
Dibawah ini adalah iklan kekosongan Latihan Separa Perubatan Sesi Julai Tahun 2020

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 05 JANUARI 2020 (AHAD) Jam 11:59 malam
Cara Permohonan Latihan Separa Perubatan
Untuk makluman anda, permohonan Latihan Separa Perubatan boleh dilakukan sepanjang masa melalui laman portal rasmi SPA.
Mohon di http://www.spa.gov.my/
Walaubagaimanapun, untuk kekosongan Sesi Julai 2020 ini, anda perlu memohon di laman web SPA sehingga 5 Januari 2020 sahaja.
Pengumuman Latihan Separa Perubatan
Bagi calon yang layak, surat panggilan temu duga dan ujian akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.
Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.
Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
Syarat Kelayakan:
- Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.
Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma:
- Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
- Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
- Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil
Syarat Kelayakan:
- Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.
Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil:
- Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
- Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
- Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Semoga Permohonan Latihan Separa Perubatan Sesi Julai Tahun 2020 anda berjaya dan berkhidmat dengan Kerajaan.
Selepas ini, anda akan menduduki Peperiksaan Online PSEE – Seksyen A – Pengetahuan Am dan Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris.
Jika anda dipanggil menduduki peperiksaan online 2 Julai 2020 ini, kami ada sesuatu untuk anda gunakan sebagai persediaan awal sebelum exam nanti.
Dapatkan rujukan dan contoh soalan peperiksaan online latihan separa perubatan bertaraf diploma melalui channel telegram dibawah ni..

Terus ke channel telegram ini untuk dapatkan Rujukan dan BONUS EXTRA koleksi soalan sebenar anda! – https://t.me/joinchat/AAAAAFikjDpXi9lQZXhxgQ
Semoga bermanfaat.
- 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurufotografi Gred B29
- Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan Gred S41 2023
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan S29
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pengurus Asrama N29
- Contoh Soalan Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)
2 thoughts on “Permohonan Latihan Separa Perubatan Sesi Julai Tahun 2020”