Senarai 10 Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Senarai 10 Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma. Adakah anda berminat untuk memasuki perkhidmatan awam dalam bidang Separa Perubatan? Ramai yang berimpian menjawat jawatan dalam sektor awam, peluang yang diberikan pihak Kerajaan adalah sebanyak 2 kali sepanjang tahun.

Senarai 10 Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Permohonan untuk jawatan Separa Perubatan ini adalah sepanjang masa dan boleh dibuat bila-bila masa sahaja walaupun anda baru tamat persekolahan SPM atau STPM.

Untuk pengetahuan anda, terdapat 10 jawatan untuk Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan 2 jawatan untuk Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil.

Kami akan kongsikan dengan anda berkaitan senarai jawatan separa perubatan, biasiswa semasa latihan, syarat latihan dan panduan peperiksaan online didalam artikel ini. Harap anda teruskan pembacaan, dan scroll bawah..

Senarai 10 Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Dibawah ini merupakan senarai-senarai latihan dalam bidang separa perubatan.

  1. Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  2. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja 
  3. Latihan Jururawat           
  4. Latihan Juruterapi Pergigian       
  5. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan             
  6. Latihan Juruteknologi Pergigian
  7. Latihan Juru X-Ray          
  8. Latihan Penolong Pegawai Farmasi          
  9. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran           
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Setiap latihan ini adalah berbeza-beza kriteria dan syarat latihannya. Yang sama hanyalah jumlah bayaran Biasiswa Semasa Latihan iaitu RM835.57 sebulan.

Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi

Jantina: Lelaki dan Perempuan

Tempoh Latihan: 3 tahun

Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:

  1. Institut Latihan KKM Sungai Buloh
  2. Institut Latihan KKM Johor Bahru

Syarat Latihan:

  • Warganegara Malaysia
  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Kelayakan:

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan:

  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;
  • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja

Latihan Jururawat

Jantina: Lelaki dan Perempuan

Tempoh Latihan:

  • 3 tahun (bagi calon Lantikan Terus)
  • 1 tahun (bagi calon PSL daripada Jururawat Masyarakat)

Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:

  1. Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah
  2. Institut Latihan KKM Alor Setar (Kejururawatan)
  3. Institut Latihan KKM Bertam (Kejururawatan)
  4. Institut Latihan KKM Kuala Pilah (Kejururawatan)
  5. Institut Latihan KKM Batu Pahat (Kejururawatan)
  6. Institut Latihan KKM Johor Bahru
  7. Institut Latihan KKM Kubang Kerian (Kejururawatan)
  8. Institut Latihan KKM Sibu (Kejururawatan)
  9. Institut Latihan KKM Kota Kinabalu
  10. Institut Latihan KKM Kangar (Kejururawatan)
  11. Institut Latihan KKM Kuching
  12. Institut Latihan KKM Tawau (Kejururawatan)

Syarat Latihan:

  • Warganegara Malaysia
  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Baca Juga  Panduan Permohonan Latihan Separa Perubatan Taraf Sijil SPM/SVM

Kelayakan:

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan:

  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;
  • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  • berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Latihan Juruterapi Pergigian

Jantina: Perempuan sahaja

Tempoh Latihan: 3 tahun

Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan: Institut Latihan KKM Georgetown (Pergigian)

Syarat Latihan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  3. Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Kelayakan:

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan:

  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Sains/Sains Paduan serta lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembedahan Pergigian adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Juruterapi Pergigian apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di para (iii) di atas; dan
  • berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh lantikan.

Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan

Jantina: Lelaki dan Perempuan

Tempoh Latihan: 3 tahun

Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:

  1. Institut Latihan KKM Kuching
  2. Institut Latihan KKM Kuala Lumpur (Teknologi Makmal Perubatan)

Syarat Latihan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  3. Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Kelayakan:

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan:

  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;
  • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Teknologi Makmal Perubatan adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di para (iii) di atas; dan
  • berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh lantikan.

Latihan Juruteknologi Pergigian

Jantina: Lelaki dan Perempuan

Tempoh Latihan: 3 tahun

Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan: Institut Latihan KKM Georgetown (Pergigian)

Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Syariah LS19

Syarat Latihan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  3. Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Kelayakan:

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan:

  1. Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;
  2. Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembedahan Pergigian adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Juruteknologi Pergigian apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di para (iii) di atas; dan
  • berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh lantikan.

Latihan Juru X-Ray

Jantina: Lelaki dan Perempuan

Tempoh Latihan: 3 tahun

Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:

  1. Institut Latihan KKM Sungai Buloh
  2. Institut Latihan KKM Johor Bahru

Syarat Latihan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  3. Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Kelayakan:

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan:

  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;
  • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Latihan Penolong Pegawai Farmasi

Jantina: Lelaki dan Perempuan

Tempoh Latihan: 3 tahun

Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan: Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah

Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Jantina: Lelaki dan Perempuan

Tempoh Latihan: 3 tahun

Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan: Institut Latihan KKM Sungai Buloh

Baca Juga  Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pembantu Kesihatan Awam

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di para (iii) di atas;
  • dan berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Jantina: Lelaki dan Perempuan

Tempoh Latihan: 3 tahun

Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:

  1. Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah
  2. Institut Latihan KKM Johor Bahru
  3. Institut Latihan KKM Kuching
  4. Institut Latihan KKM Kota Kinabalu
  5. Institut Latihan KKM Seremban (Pembantu Perubatan)

Syarat Latihan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  3. Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Kelayakan:

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan:

  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;
  • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Hospital Rendah adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Penolong Pegawai Perubatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di para (iii) di atas;
  • dan berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Bagi calon yang layak, surat panggilan temu duga dan ujian akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.

Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

Cara Permohonan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Bagi anda yang berminat dalam kerjaya separa perubatan, anda boleh mengemukakan permohonan di laman web www.spa.gov.my

Permohonan anda akan sah dalam tempoh masa setahun. Jika tapisan awal anda berjaya, maka anda akan dipanggil menduduki peperiksaan online terlebih dahulu sebelum dipanggil sesi temuduga.

Hanya calon yang lulus peperiksaan dan temuduga yang akan diambil menjalani Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan KKM seluruh negara.

Panduan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Kami di examspa8i.com, telah membantu ramai calon peperiksaan online Latihan Separa Perubatan dengan pakej rujukan, nota dan contoh soalan peperiksaan yang disediakan.

Jika anda dipanggil menduduki peperiksaan online pada 2 Julai 2020 ini, kami syorkan anda untuk mendapatkan Rujukan Separa Perubatan dibawah ini untuk PERSEDIAAN AWAL !

[ Baca ] – Contoh Soalan Pengetahuan Am Latihan Separa Perubatan 2020

[ Baca ] – Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Latihan Separa Perubatan 2020

Join channel telegram ni untuk lebih info – https://t.me/joinchat/AAAAAFikjDpXi9lQZXhxgQ

Semoga dengan perkongsian Senarai 10 Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini dapat membantu calon-calon peperiksaan latihan separa perubatan nanti. Kami mahu bantu anda, anda perlu berusaha untuk lulus peperiksaan ini.

All the best semua!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page

Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?