Senarai 2 Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

Senarai 2 Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil. Adakah anda berminat untuk memasuki perkhidmatan awam dalam bidang Separa Perubatan? Ramai yang berimpian menjawat jawatan dalam sektor awam, peluang yang diberikan pihak Kerajaan adalah sebanyak 2 kali sepanjang tahun.

Senarai 2 Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

Permohonan untuk jawatan Separa Perubatan ini adalah sepanjang masa dan boleh dibuat bila-bila masa sahaja walaupun anda baru tamat persekolahan SPM atau STPM.

Untuk pengetahuan anda, terdapat 10 jawatan untuk Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan 2 jawatan untuk Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil.

Kami akan kongsikan dengan anda berkaitan senarai jawatan separa perubatan, biasiswa semasa latihan, syarat latihan dan panduan peperiksaan online didalam artikel ini. Harap anda teruskan pembacaan, dan scroll bawah..

Senarai 2 Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

Dibawah ini merupakan senarai-senarai latihan dalam bidang separa perubatan.

  1. Latihan Pembantu Kesihatan Awam       
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Setiap latihan ini adalah berbeza-beza kriteria dan syarat latihannya. Yang sama hanyalah jumlah bayaran Biasiswa Semasa Latihan iaitu RM755.06 sebulan.

Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Jantina: Lelaki sahaja

Tempoh Latihan: 2 tahun

Biasiswa Semasa Latihan: RM755.06 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:

  • Institut Latihan KKM Sungai Buloh, Selangor
  • Institut Latihan KKM Batu Rakit, Terengganu (Pembantu Kesihatan Awam)

Syarat Latihan:

  • Warganegara Malaysia

Umur:

  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Kelayakan:

  • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.
Baca Juga  Contoh Soalan Temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Rendah/Pembantu Am Pejabat, Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Pembantu Kesihatan Awam apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  1. mempunyai kelayakan di para (iii) di atas; dan
  2. berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Jantina: Lelaki dan Perempuan

Tempoh Latihan: 2 tahun

Biasiswa Semasa Latihan: RM755.06 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:

  • Institut Latihan KKM Pulau Pinang (Pergigian)

Syarat Latihan:

  • Warganegara Malaysia

Umur:

  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Kelayakan:

  1. Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  2. Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  1. mempunyai kelayakan di para (iii) di atas; dan
  2. berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Syarat Kelayakan Memohon Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Baca Juga  Contoh Soalan Ujian Psikometrik Separa Perubatan 2020

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.

Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;

Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Cara Permohonan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

Bagi anda yang berminat dalam kerjaya separa perubatan, anda boleh mengemukakan permohonan di laman web www.spa.gov.my

Permohonan anda akan sah dalam tempoh masa setahun. Jika tapisan awal anda berjaya, maka anda akan dipanggil menduduki peperiksaan online terlebih dahulu sebelum dipanggil sesi temuduga.

Hanya calon yang lulus peperiksaan dan temuduga yang akan diambil menjalani Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan KKM seluruh negara.

Panduan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

Kami di examspa8i.com, telah membantu ramai calon peperiksaan online Latihan Separa Perubatan dengan pakej rujukan, nota dan contoh soalan peperiksaan yang disediakan.

Jika anda dipanggil menduduki peperiksaan online pada 13 Julai 2020 ini, kami syorkan anda untuk mendapatkan Rujukan Separa Perubatan dibawah ini untuk PERSEDIAAN AWAL !

[ Baca ] Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan Pembantu Pembedahan Pergigian

[ Baca ] Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan Pembantu Kesihatan Awam

Semoga dengan perkongsian Senarai 2 Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil  ini dapat membantu calon-calon peperiksaan latihan separa perubatan nanti. Kami mahu bantu anda, anda perlu berusaha untuk lulus peperiksaan ini.

Baca Juga  Contoh Soalan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan Pembantu Kesihatan Awam

All the best semua!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page

Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?